• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Mungkin Lewatkan Keputusan Penuh PRN Sarawak Esok

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Faktor cuaca dijangka akan melewatkan pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) esok, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata jangkaan awal keputusan penuh sebelum 11 malam mungkin berubah berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Susulan nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, Sebuyau, kira-kira 250km dari sini semalam, katanya, SPR menggunakan moto ‘biar lambat asalkan selamat’ dalam membawa pulang peti undi dari pusat pengundian ke pusat penjumlahan rasmi undi di seluruh negeri itu.

“Harap rakyat faham,” katanya kepada media selepas melawat Pusat Semakan Peti Undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang di Dewan Masyarakat Kuching, di sini hari ini.

Selain kenderaan, beliau berkata SPR akan menggunakan 38 buah helikopter, 663 perahu dan 64 bot laju.

Katanya khidmat helikopter itu akan digunakan oleh lapan pasukan bergerak dengan setiap pasukan terdiri daripada ketua tempat undi dan tiga kerani pengundian untuk membawa peralatan pengundian dari satu pusat ke pusat pengundian lain.

Katanya, atas faktor jumlah pengundi dan lokasi pengundian, beberapa pusat pengundian berkongsi pasukan bergerak dan peti undi yang sama seperti Rumah TK Barang Lugun dan Sekolah Kebangsaan Bario di DUN Mulu.

Menurut Jabatan Meteorologi Sarawak, cuaca mendung dan hujan diramal berlaku pagi esok di beberapa kawasan di negeri ini, termasuk di bahagian Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang.

Pada sebelah petang pula, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di semua kawasan. – BERNAMA

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Southern Tigers By Legacy’ Wangian Untuk Peminat JDT

Next Post

Tak Berniat Guris Hati Mana-Mana Pihak – KFA

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Tak Berniat Guris Hati Mana-Mana Pihak - KFA

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd