Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Anak Mat Sabu Diarah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarahkan anak Menteri Pertahanan,...

Trump Dakwa Sudah Menang...

WASHINGTON - Di sebalik keputusan tidak lengkap melibatkan beberapa negeri penting yang bakal...

Natasha Masih Belum Puas,...

KUALA LUMPUR - Selepas melakar kejayaan cemerlang pada Kejohanan Boling Kebangsaan dan Kejohanan...

Pekerja Hilang Kerja Selepas...

KUALA LUMPUR – Pekerja-pekerja dalam sektor penerbangan dan pelancongan di negara ini dikhuatiri...

Syamsul Debat Yang Lucu Tapi Ceramah Jenaka Penuh Berisi

“Pekerja ni ada 4 jenis perwatakan. Paling menarik yang berperwatakan usahawan. Sentiasa sibuk seharian dengan berjalan dari meja ke meja di pejabat pada waktu kerja. Serta sentiasa kerap berpeleseran di kafe menjual pelbagai barangan,” kata Ustaz Syamsul Debat.

“Mereka inilah usahawan di kantor yang sibuk berniaga sewaktu bekerja,” katanya disambut ketawa lucu para hadirin di Surau Pusat Islam Kuala Lumpur.

Syamsul, 39, lulusan Perundangan Sivil & Syariah Uitm.

Dengan wajah bersahaja, ceramahnya dipenuhi dengan kepakaran berjenaka sambil bergurau dalam menyampaikan teguran yang kritis.

“Paling banyak pekerja yang ada sekarang kategori jenis suka mengikut saja. Orang buat dia buat… orang tak buat dia pun tak buat. Ini majoriti,” katanya dalam loghat Minang.

Dikenali sebagai Ustaz Debat kerana peranannya sebagai Presiden Persatuan Alumni Pendebat Malaysia.


Syamsul Amri Ismail, anak jati Kuala Pilah ini terkenal kerana ceramah humornya mengandungi pengajaran yang tajam. Terutama dalam membudayakan konsep nilai profesional berdasarkan prinsip Islam.

Ustaz Syamsul debat kini muncul dalam program Syamsul Debat di TV Al Hijrah setiap Khamis 9.30 malam.

Episod pertama mendapat respons hangat penonton kerana kebolehannya menerapkan hal-hal profesionalisme mengikut syarak serta disampaikan secara bergurau tetapi halus menikam.

Saksikan petikan video di bawah. Anda nilai sendiri. Kalau anda jatuh hati, jom saksikan program Syamsul Debat yang kini menjadi penanda aras baharu kandungan ceramah kontemporari #SegalanyaBermulaDiSini TV Al Hijrah. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori