• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Tapi Tak Mahu Watak Kontroversi – Syamsul

oleh
25/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERMULA sebagai personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Debat kini sedang diintai oleh ramai pengarah tempatan selepas kemunculannya dalam filem This Is Pilah: The Movie.

Menurut Syamsul atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail, dia kini sudah bersedia melibatkan diri dalam bidang lakonan dengan lebih serius serta berminat untuk cuba pelbagai watak lain di luar perwatakan sebenarnya.

Malah, percubaan pertamanya menerusi filem berkenaan turut telah membuka laluan baginya untuk mencuba bidang baharu yang semestinya bakal mencabar kemampuannya itu.

Bagaimanapun, bagi penceramah berusia 41 tahun itu, dia masih perlu melihat beberapa sudut terlebih dahulu terutamanya daripada kesesuaian masa memandangkan jadual hariannya agak padat dengan jemputan ceramah.

“Dalam This Is Pilah: The Movie, saya menjadi diri sendiri. Disebabkan watak yang dijayakan tidak jauh berbeza dengan tugasan harian saya, mudah untuk merealisasikan karakter itu.

“Namun, jika ada pihak yang mahu saya membawa karakter lain seperti samseng atau sebagainya, saya tiada masalah mencuba. Tetapi, bukan watak atau babak yang boleh mengundang kontroversi.

“Selepas berita saya berlakon tersebar, ada juga pengarah dan syarikat produksi yang merisik-risik. Tetapi, belum ada yang serius mengajukan tawaran. Mungkin mereka fikir saya hanya selesa menjadi diri sendiri,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

https://www.instagram.com/p/Bj1VCIOnm7i/?tagged=thisispilahthemovie

Filem genre komedi romantik terbitan Madnes Film Sdn. Bhd. itu telah mula ditayangkan sejak semalam.

Selain Syamsul, antara pelakon hebat lain yang membintangi filem itu ialah Waris, Juzzthin, Zaidatul Iesna, Kazar Saisi, Ebby Yus dan Joey Daud.

Jalan cerita yang menarik dengan mengangkat Adat Perpatih serta penggunaan sepenuhnya dialek Negeri Sembilan itu mengisahkan tentang dua kekasih yang dapat halangan mendirikan rumah tangga disebabkan berasal dari suku yang sama. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Syamsul Debat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syamsul Debat Nafi Politik Jejas Reputasi Penceramah

25/06/2018
0

TANGGAPAN bahawa arena politik hanya membunuh kerjaya sebagai penceramah dinafikan oleh penceramah motivasi Syamsul Amri Ismail yang lebih dikenali Syamsul...

Syamsul Debat Nafi Konon Sudah Keluar UMNO

20/05/2018
0

SANGKAL... Penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat, menjelaskan beliau masih bersama UMNO walaupun telah melepaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd