• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asimilasi Islam Di Korea Selatan Dan Bosnia

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rancangan dokumentari Syahadah 2016 yang bakal menemui penonton sepanjang bulan Ramadan kali ini memfokuskan asimilasi Islam di timur Korea Selatan dan masyarakat Islam di barat Bosnia Herzegovina.

Rancangan yang memasuki musim ke-11 dan bertemakan ‘Pertembungan Islam Timur-Barat’ itu menekankan kejayaan umat Islam di peringkat global dan memaparkan jalinan ukhwah Islamiah bagi membentuk komuniti Islam yang kuat.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abu Bakar Abdul Rahim berkata, Korea Selatan dan Bosnia Herzegovina pada satu ketika dahulu pernah mengalami perang saudara, namun masih teguh berdiri hari ini.

“Selain budaya mereka sendiri, sejarah serta survival umat Islam di Bosnia Herzegovina dan Korea Selatan menekankan bahawa Islam bukan sekadar agama tetapi telah membawa banyak nilai positif kepada rakyat di kedua-dua negara itu,” katanya pada sidang media Syahadah 2016 di sini, hari ini.

Rancangan itu akan bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan ini di saluran TV1 (versi Bahasa Melayu) pada pukul 6.30 petang bermula 6 Jun sehingga 5 Julai, dengan siaran ulangan pada pukul 5.30 pagi keesokan harinya.

Syahadah juga turut disiarkan di saluran TV2 (versi Bahasa Inggeris) pada pukul 7 malam mulai 7 Jun hingga 6 Julai ini, dengan siaran ulangan pada pukul 10.30 pagi keesokan harinya.

Rancangan terbitan Unit Dokumentari dan Majalah RTM itu juga akan bersiaran di saluran TVi (Bahasa Melayu) pada pukul 8 malam, mulai 6 Jun hingga 5 Julai ini.

Syahadah kali ini menampilkan empat orang penerbit iaitu Rosli Nordin dan Mohd. Jasmaidy Mat Aroff bagi episod di Bosnia Herzegovina manakala Zadil Hayat Arsad dan Faizal Said bagi episod di Korea Selatan. – BERNAMA

Tags: dokumentariramadanRTMTV1
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Terima Kunjungan Hormat Delegasi Menteri Pendidikan Asean

Next Post

Pesawat Dikepung Jet Tempur Gara-Gara Pilot Terlelap

Related Posts

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

15/04/2025
0

Kuala Lumpur: Dokumentari khas mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi akan ditayangkan bagi menunjukkan profil pencapaian semasa menjadi perdana menteri serta...

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Next Post

Pesawat Dikepung Jet Tempur Gara-Gara Pilot Terlelap

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd