• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Dikepung Jet Tempur Gara-Gara Pilot Terlelap

oleh AK-47
25/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA beberapa jam selepas pesawat EgyptAir MS804 hilang dari radar dan disahkan terhempas di Laut Mediterranean hingga mengorbankan 66 nyawa, sebuah pesawat Delta Airlines dengan nombor penerbangan DL 8957 dari Jerman ke Kuwait dilaporkan tersesat di wilayah udara Greece.

Susulan itu, pegawai trafik udara di Greece terus menghubungi juruterbang bagi mengetahui masalah sebenar yang sedang dihadapi oleh pesawat komersial Perancis tersebut termasuk kemungkinan dirampas pengganas.

Namun, keadaan panik mula tercetus selepas juruterbang pesawat itu pula langsung tidak bertindak balas sehingga memaksa pegawai trafik udara segera melaporkan perkara itu kepada Kementerian Pertahanan Greece.

Dua buat jet tempur tentera udara Greece jenis F-16 kemudiannya dikerahkan untuk memintas dan mengepung pesawat model Airbus A320 yang mungkin sesat di laluan tersebut.

Hasilnya pilot jet tempur mendapati juruterbang pesawat Delta Airlines berkenaan, dipercayai dalam situasi terlelap selepas meletakkan jentera kendaliannya dalam mod auto pilot.

Juruterbang berkenaan yang nyenyak tidur dikatakan tidak nampak cahaya laser yang disuluh oleh jet tempur sehingga memaksa sinaran laser itu disuluhkan pula kepada penumpang.

Beberapa penumpang yang kebetulan perasan kemudian memaklumkan kepada pramugari bahawa penerbangan mereka telah dikepung oleh pesawat pejuang tentera Greece.

Bimbang insiden buruk, pramugari yang panik segera mengetuk pintu kokpit pesawat bagi memaklumkan hal kecemasan itu kepada juruterbang.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia sebelum ini, telah mengenal pasti 12 kemalangan udara berlaku akibat terlelap dan 64 kes pesawat nyaris hilang disebabkan faktor juruterbang yang keletihan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: GreeceJuruterbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

12/07/2025
0

NEW DELHI – Laporan awal nahas Air India yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) pada Sabtu mendapati...

Netanyahu Larikan Diri Ke Greece?

Netanyahu Larikan Diri Ke Greece?

15/06/2025
0

ATHENS - Warganet ligat membuat spekulasi dan teori tentang pesawat rasmi Perdana Menteri Israel, Wing of Zion yang dilihat di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd