• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suasana Pilu Sambut Jenazah Ahli Parlimen Kuala Kangsar

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Suasana pilu menyelubungi sekitar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini pagi ini (Ahad) sebaik pesawat Hercules C130 yang membawa jenazah Anggota Parlimen Kuala Kangsar Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, tiba.

Pesawat yang dipandu Kapten Mohd Amin Ibrahim tiba di LTSAS kira-kira 6.45 pagi selepas berlepas dari Pangkalan Udara Kuching pukul 4 pagi tadi.

Turut berada di pesawat berkenaan adalah isteri Wan Mohammad Khair-il Anuar, Mastura Yazid serta empat anak pasangan tersebut iaitu Wan Emir Astar, Wan Muhammad Amar, Wan Imar Izzat dan Wan Emir Iskandar.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada saudara mara, Exco Kerajaan Negeri, pegawai kanan kerajaan negeri serta kenalan berada di LTSAS bagi menyambut jenazah Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Turut berkenaan berangkat menyambut ketibaan jenazah adalah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sebaik pintu pesawat dibuka, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenaan menaiki pesawat bertemu anggota keluarga Allahyarham serta mengaminkan doa yang dipimpin Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Terdapat kalangan yang hadir tidak dapat menahan tangisan apabila jenazah Wan Mohammad Khair-il Anuar diusung keluar dari pesawat dan melihat Mastura berpelukan dengan anak-anaknya.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar dengan menaiki van jenazah Tentera Udara Diraja Malaysia sebelum dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Bukit Chandan.

Wan Mohammad Khair-il Anuar merupakan antara enam yang terlibat dalam nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak petang Khamis lalu. – BERNAMA

Tags: jenazahnahas helikopter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Cuai Punya Pasal

Next Post

Masjid UK Tegah Wanita Pakai Seluar Panjang, Guna Facebook

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Nahas 5 Kenderaan: Jenazah 5 Sekeluarga Dikebumikan Selepas Asar

Nahas 5 Kenderaan: Jenazah 5 Sekeluarga Dikebumikan Selepas Asar

24/12/2024
0

BANGI - Jenazah lima sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di...

Next Post

Masjid UK Tegah Wanita Pakai Seluar Panjang, Guna Facebook

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd