• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas 5 Kenderaan: Jenazah 5 Sekeluarga Dikebumikan Selepas Asar

oleh Mohd Arshad
24/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Nahas 5 Kenderaan: Jenazah 5 Sekeluarga Dikebumikan Selepas Asar
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Jenazah lima sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Melaka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengurus Tanah Perkuburan, Suhaimi Rashid berkata, jenazah Allahyarham, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama isteri, Fadzlenna Ramli, 32, akan dikebumikan selepas solat Asar.

Turut disemadikan bersama ialah anaknya, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, ayah mentua, Ramli Ab Wahab, 66, dan isteri, Fauziah Jaafar, 69.

“Pihak Surau Al-Ikhlas (surau kawasan kediaman Khairul Ikhwan) memaklumkan hal itu kepada saya bahawa lima sekeluarga ini akan dikebumikan bersama-sama di Sungai Tangkas.

“Difahamkan kelima-lima jenazah ini akan disolatkan di Surau Al-Ikhlas sebelum dibawa ke tanah perkuburan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Selasa.

Kesemua mangsa maut dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204 PLUS arah utara di Melaka semalam.

Sementara itu, Khairul Ikhwan meninggalkan dua anak, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, yang kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.

-Sinar Harian

Tags: jenazahNahas 5 Kenderaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Op Pedo: 13 Lelaki Ditahan Di Seluruh Negara

Next Post

Siasatan Kes Papagomo Tohmah KPN, PDRM Selesai

Related Posts

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

15/12/2024
0

KOTA BHARU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia membantu keluarga menguruskan jenazah lelaki dengan berat 420 kilogram...

Jenazah Pesara Guru Dan Anak Dituntut Keluarga

Jenazah Pesara Guru Dan Anak Dituntut Keluarga

06/10/2024
0

SEREMBAN - Jenazah pesara guru yang maut ditikam pada Sabtu dan anaknya telah dituntut ahli keluarganya di Jabatan Perubatan Forensik,...

Next Post
Siasatan Kes Papagomo Tohmah KPN, PDRM Selesai

Siasatan Kes Papagomo Tohmah KPN, PDRM Selesai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd