• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sempat Pegang Tangan Isteri Sebelum Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IA merupakan detik-detik yang memilukan bagi pasangan ini yang saling berpegangan tangan ketika dirawat di unit jagaan rapi, sebelum salah seorang daripada mereka meninggal dunia.

Jim Minnini, 58, telah dirawat di hospital umum Kingston di Ontario akibat kanser manakala isterinya pula Cindy, turut dirawat di situ selepas mengalami serangan jantung.

Cindy ditempatkan di sebelah bilik Jim, yang tenat ketika itu dan ketika Jim memegang tangan Cindy, wanita itu masih tidak sedarkan diri. Jim kemudiannya meninggal dunia.

Apabila Cindy membuka mata, barulah dia sedar bahawa suaminya yang dikahwini 24 tahun lalu telah tiada lagi di dunia ini.

Gambar pasangan itu memegang tangan telah dirakamkan oleh anak mereka Chris yang tidak mahu bapanya meninggal dunia tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya.

“Mereka tidak dapat dipisahkan sejak hari pertama bertemu. Mereka hidup bahagia hinggalah lapan tahun lalu apabila bapa saya disahkan menghidap kanser paru-paru.

“Pada 2012, bapa saya dimaklumkan oleh doktor bahawa dia hanya mempunyai 10 peratus peluang untuk hidup tetapi dia terus berjuang,” katanya.

Jim sebelum itu dimasukkan ke Hospital Umum Kingston manakala Cindy pula dirawat di Brockville namun apabila keadaan Jim semakin uzur, keluarganya telah mengatur agar Cindy dirawat di hospital yang sama.

“Apabila ayah tahu ibu dirawat di bilik bersebelahan, ayah menulis perkataan `ibu’ di atas sekeping kertas dan pada malam sebelum kematiannya, ayah mengalami mimpi ngeri dan telah menarik tiub yang dimasukkan ke dalam kerongkongnya.

“Dalam keadaan ayah yang semakin tenat, doktor telah membawanya menemui ibu tetapi ibu tidak sedarkan diri. Apabila keadaan ayah semakin teruk, doktor telah membawanya semula ke biliknya dan ayah kemudian meninggal dunia,” katanya.

Menurut Chris, dia merakamkan gambar berkenaan supaya ibunya tahu bahawa dia bersama ayahnya disaat lelaki itu meninggal dunia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: meninggal duniaSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd