• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Tetap PRK Serentak Sungai Besar, Kuala Kangsar 18 Jun

oleh
13/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat di sini pada Jumaat menetapkan tarikh untuk pilihan raya kecil (PRK) P.67 Kuala Kangsar dan P.93 Sungai Besar bakal dijalankan secara serentak bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah pada sidang media di ibu pejabat SPR mengumumkan tarikh penamaan calon ialah pada 5 Jun manakala jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan ialah pada 18 Jun.

Dua PRK tersebut diadakan serentak iaitu jatuh sehari sebelum umat Islam menjalani ibadah puasa ketika hari penamaan calon dan tarikh pengundian pula berlangsung ketika memasuki hari ke-13 bulan Ramadan al-Mubarak.

Ia dijalankan susulan nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu yang mengorbankan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Mohd. Hashim berkata, kawasan Parlimen Kuala Kangsar di Perak mempunyai seramai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa iaitu 32,632 orang, pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).

Manakala Parlimen Sungai Besar di Selangor pula ujar beliau, mempunyai seramai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa iaitu 42,365 orang, pengundi awal (286) dan pemilih tidak hadir luar negara (empat).

“Daftar pemilih PRK bagi kedua-dua bahagian pilihan raya berkenaan akan mula dijual pada 2 Jun, dan anggaran belanjawan yang diperlukan bagi mengendalikan kedua-dua PRK ini adalah sebanyak RM2.7 juta,” katanya lagi.

Pilihan raya ketika Ramadan bukan pelik kerana sebelum ini, PRK N.01 Kuala Besut di Terengganu turut diadakan ketika bulan puasa pada 24 Julai 2013 malah paling besar ialah Pilihan Raya Umum ke-10 pada 29 November 1999.

Berlangsung secara serentak juga bukan luar biasa kerana SPR pernah menetapkan PRK N.25 Bukit Selambau di Kedah, P.59 Bukit Gantang, Perak dan N.29 Batang Ai, Sarawak sekali gus pada 7 April 2009. - Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kuala KangsarPRKSungai Besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd