• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang DUN Pulau Pinang Dijangka Lebih Panas – Pengerusi UMNO Negeri

oleh Ahmad Albab
01/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bermula 10 Mei ini dijangka lebih ‘panas’, ekoran pelbagai isu yang timbul terutama membabitkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata pada setiap sesi sidang DUN sebelum ini, kerajaan negeri diterajui DAP itu sering membangkitkan mengenai ketelusan, kecekapan serta akauntabiliti dalam tadbir urus negeri.

“Tetapi isu yang timbul kebelakangan ini menampakkan apa yang mereka ceritakan dalam DUN sebelum ini adalah satu sandiwara atau wayang semata-mata.

“Pada sidang dewan kali ini mereka (kerajaan negeri) akan hadapi kesukaran untuk melindungi pembohongan yang mereka hidangkan kepada rakyat Pulau Pinang sejak bertahun-tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan UMNO Malaysia peringkat negeri di sini, Ahad.

Beliau berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) juga telah bersiap sedia dengan fakta serta ulasan tentang pelbagai isu untuk dibahaskan nanti.

“Kita sudah buat pelbagai sesi taklimat, carian fakta dan mengkaji beberapa perkara secara mendalam dengan pertolongan pelbagai pihak, agensi serta pertubuhan yang memberi input supaya kita siap sedia dalam DUN,” katanya.

Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri juga harus bersedia dengan jawapan yang berlandaskan fakta kerana rakyat sudah lama menunggu penjelasan daripada mereka berhubung pelbagai isu.

Baru-baru ini kerajaan negeri menghadapi pelbagai isu antaranya penjualan tapak tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Manggis dan pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn di sini.

Isu Taman Manggis dan pembelian banglo dengan harga RM2.8 juta itu hangat diperkatakan selepas Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya di Dewan Rakyat Mac lepas dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

Selain itu katanya, ancaman terhadap alam sekitar seperti cadangan tambakan laut, penggondolan bukit dan perkara berkaitan sosioekonomi akan turut dibangkitkan terutama mengenai penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat. – BERNAMA

Tags: DUNPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd