• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lelaki Maut Ditikam Abang Angkat Di Manggatal

oleh Ahmad Albab
02/05/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam oleh abang angkatnya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Rampayan, Manggatal, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa tinggal menumpang dengan sepasang suami isteri dan dua anak mereka yang merupakan saudara mangsa sejak setahun lalu, sementara suspek tinggal menumpang di rumah berkenaan sejak sebulan lepas.

Sebelum kejadian mangsa dan suspek berusia 37 tahun itu tidur bersama di ruang tamu rumah tersebut, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Saksi (tuan rumah) terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi bising di ruang tamu dan melihat suspek sedang memegang sebilah pisau manakala mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang dapur bersebelahan ruang tamu.

“Melihat kejadian itu, saksi kemudian memeluk suspek daripada bertindak lanjut dan dengan bantuan jiran suspek berjaya ditangkap,” katanya, dan menambah polis turut merampas sebilah pisau berukuran 30 sentimeter.

Chandra berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, di sini bagi tujuan bedah siasat.

Motif kejadian masih belum dipastikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

Tags: tikam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd