• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran PTPTN Kutip RM5 Bilion Hutang Belum Tercapai

oleh Ahmad Albab
27/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Sasaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) untuk mengutip balik pinjaman sebanyak RM15 bilion sejak ia ditubuhkan 19 tahun lalu belum tercapai.

Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata bagi tempoh 1997 hingga Februari lalu, PTPTN sekadar mampu mengutip balik pinjaman berjumlah RM7.49 bilion.

“Walaupun sudah ada peningkatan daripada segi kutipan balik secara bulanan yang diperoleh PTPTN menerusi beberapa pendekatan termasuk pemotongan gaji, tetapi kita masih belum mencapai sasaran sepatutnya.

“Sejak ditubuhkan hingga sekarang kita telah mengeluarkan RM55 bilion kepada peminjam dan kita sasarkan untuk mengutip balik sekurang-kurangnya RM15 bilion,” katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Pelajar Bersama PTPTN serta Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri), di sini.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata sepanjang tahun ini pula PTPTN telah berjaya mengutip balik pinjaman berjumlah RM980 juta.

Shamsul Anuar berkata PTPTN masih mengkaji dan melihat pendekatan yang bersesuaian untuk melaksanakan potongan gaji terhadap sektor lain bagi membayar balik pinjaman PTPTN.

“Kaedah dan pendekatan kita untuk setiap sektor berbeza tetapi apa yang penting kita nak capai sasaran kita,” katanya.

Pada majlis itu, Yayasan Perak menyumbangkan RM9,400 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada 47 pelajar Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin yang disampaikan isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Sharipah Zulkifli.

PTPTN pula memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada 50 keluarga pelajar bagi meringankan beban perbelanjaan harian. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd