Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Seorang Melecur Teruk Dalam...

KUCHING - Dua pekerja cedera dan melecur dalam kebakaran sebuah kilang menghasilkan jongkong,...

Data Hutang Negara Oleh...

KUALA LUMPUR - Tidak wujud sebarang isu atau percanggahan data mengenai status terkini...

Jenazah 4 Sekeluarga Warga...

PORT DICKSON - Jenazah empat sekeluarga warga Singapura, yang maut dalam kemalangan jalan...

Ingat Lelaki, Buat Penyanyi...

MELIHAT pada penampilannya segak bergaya, pasti membuatkan ramai netizen menyangka penyanyi baharu bernama...

Rusia Bebas Juruterbang Ukraine

KIEV – Juruterbang Ukraine, Nadiya Savchenko kembali ke tanah air semalam selepas hampir dua tahun merengkuk dalam penjara Russia, situasi yang hampir menjejaskan hubungan diplomatik antara Moscow and Kiev.

Juruterbang helikopter berusia 35 tahun itu dihantar pulang sebagai sebahagian perjanjian pertukaran tahanan dengan Moscow, dengan dua tentera Russia dikatakan sudah meninggalkan Ukraine awal hari yang sama.

“Saya sudah bersedia sekali lagi untuk berkorban nyawa demi Ukraine di medan perang,” kata Savchenko sebaik tiba ke tanah airnya.

Savchenko kemudian diiringi pasukan pengiring ke pejabat Poroshenko untuk menghadiri majlis penganugerahan daripada presiden itu, kata sumber kepada AFP.


Di Ukraine beliau dianggap sebagai simbol kebangkitan terhadap apa yang disifatkan Kiev sebagai kekerasan Moscow di timur dan turut dilantik sebagai wakil parlimen ketika ketiadaannya.

Terdahulu, dua tentera Russia, Aleksandr Aleksandrov dan Yevgeny Yerofeyev, yang dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Ukraine kerana berjuang di timur yang dikuasai pemberontak, tiba di Moscow lapor penyiar kebangsaan Russia. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori