• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Galak Rakyat Tambah Ilmu Pacu Ekonomi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah rakyat perlu berusaha menambah dan mendalami ilmu sebagai asas memajukan diri dan memacu ekonomi bagi memartabatkan bangsa dan negara.

Menurut baginda, dalam mengejar ilmu, elemen penerapan sahsiah dan kemahiran juga perlu bagi mendorong kelahiran bangsa secara seimbang dalam aspek ukhrawi dan duniawi.

“Mutakhir ini kita banyak mendengar berita kurang menyenangkan membabitkan masalah mentaliti dan emosi dalam kalangan rakyat yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak yang merugikan bangsa, agama dan negara.

“Saya percaya kita boleh mengatasi masalah ini melalui sistem pendidikan mapan yang relevan dengan peredaran zaman,” titah Tuanku Syed Faizuddin ketika menutup Seminar Pentaksiran dan Penilaian Kolej Komuniti di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Putra di sini, petang semalam.

Pada majlis itu, baginda juga berkenan melancarkan Aplikasi Sistem Pengurusan Penilaian Bersepadu Kolej Komuniti atau iSEMS@CC.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Hajah Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Seminar julung kali itu yang diselit dengan diskusi dan forum bertujuan merumuskan formula dan inovasi bagi memperkasa pengajaran dan pembelajaran Kolej Komuniti berteraskan pentaksiran dan penilaian.

Pada majlis, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menerima buku bernilai RM3,000 yang disumbangkan oleh Kolej Komuniti untuk Sekolah Kebangsaan Putra dan Sekolah Rendah Agama Al-Tarbiyah.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Datuk Amir Md Noor. – BERNAMA

Tags: EkonomiRaja Muda Perlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

23/07/2026
0

JELEBU - "Insya-Allah kita akan memikul amanah ini dan membawa rakyat ke arah satu hala tuju yang boleh menyelesaikan, kalau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd