• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: ‘Sarawak For Sarawakians’ Bunuh Senyap DAP, PKR?

oleh
04/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bagi orang dari Semenanjung yang kali pertama tiba di bumi Kenyalang, mungkin akan terpinga-pinga kehairanan melihat ada kenderaan di negeri ini yang menampal pelekat cermin Sarawak for Sarawakians.

Ayat tiga perkataan bahasa Inggeris ini malah cukup popular ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini khasnya dimainkan parti-parti pembangkang termasuk yang diketahui memang berasal dari Semenanjung.

Untuk makluman, Sarawak for Sarawakians menjadi sensasi apabila kerajaan Sabah dan Sarawak pada tahun lalu merayakan secara rasmi 22 Julai sebagai tarikh dua negeri itu bebas daripada pentadbiran formal British.

Ia sebagai mengenang kembali peristiwa bersejarah yang berlaku pada 1963 iaitu lebih sebulan sebelum dua negeri berkenaan menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September susulan dianjak daripada tarikh asalnya 31 Ogos.

Namun gerakan yang dianggap seumpama organisasi bawah tanah tidak diiktiraf pihak berkuasa itu mendakwa kononnya kerana usaha merekalah selama ini kerajaan Sabah dan Sarawak ‘terpaksa’ merayakan tarikh tersebut.

Hakikatnya, gerakan kemerdekaan Sarawak jika dirujuk sumber Sarawak for Sarawakians sendiri konon bermula awal daripada organisasi tempatan, Pemuda Melayu Sibu dikenali sebagai Rukun 13 yang dibentuk pada 1943.

swk 4 swk2
Rukun 13 diasaskan Pergerakan Pemuda Melayu Sibu yang turut dianggotai oleh Rosli Dhobi.

Mereka terdiri daripada 13 orang pejuang Melayu disertai tokoh terkenal, Rosli Dhobi menentang pentadbiran pegawai bangsa Eropah yang menyokong penjajahan British di Sarawak sejak zaman Rajah Charles Brooke lagi.

Pergerakan ini lumpuh pada 1950 apabila Rosli dihukum mati manakala yang lainnya dipenjarakan. Itu cerita zaman dulu kala dan bermodalkan idea ala revolusi itulah mencetus kewujudan Sarawak for Sarawakians.

Sekadar rekod, meskipun pada logo Sarawak for Sarawakians tertera ayat ‘since 1841‘, konon sudah wujud sejak 1841, realitinya organisasi tersebut baharu muncul pada 1964 dan hanya kelihatan aktif beberapa tahun lalu.

Malangnya kempen seumpama gerakan pemisah di Selatan Thailand atau Mindanao, Filipina itu diambil pula kesempatan parti pembangkang yang sah datang dari Semenanjung iaitu DAP, PKR, PAS dan terbaharu PAN.

Lucunya, bagi yang prihatin, tentu sedar semua acara pembangkang Semenanjung ini konon berjuang untuk kuasa hak autonomi Sarawak malah semua lambang kempen, logo parti waima slogan pun mesti ada tema Sarawak.

Anehnya, mereka dari segi sejarah asal-usul pun bukan parti tempatan Sarawak seperti komponen BN Sarawak yang langsung tiada parti Semenanjung termasuk UMNO; serta parti pembangkang domestik iaitu PBDS dan Star.

Justeru, ada juga kalangan penduduk tempatan dan penganalisis politik di Sarawak menyifatkan gerakan Sarawak for Sarawakians sebenarnya membantu mempercepatkan ‘kematian’ empat parti pembangkang Semenanjung itu.

swk 4 swk1
Sarawak bebas daripada pentadbiran formal British pada 22 Julai 1963 sebelum menyertai Persekutuan Malaysia.

Memang betul kesemua calon parti pembangkang Semenanjung itu memang anak tempatan, namun semua telah maklum dari segi organisasi rasmi, mereka masih lagi ‘berkiblatkan’ ibu pejabat sebenarnya di Semenanjung.

Ini termasuk dari segi dana, bahan politik, waima kehadiran ramai pemimpin mereka dari Semenanjung untuk membantu kempen pada PRN kali ini membuktikan DAP, PKR, PAS dan PAN memang ‘totok’ asal Semenanjung.

Untuk rekod, pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen pernah mencabar Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tegas mengharamkan UMNO bertapak di Sarawak.

Pengerusi BN Sarawak itu memulangkan balik ‘paku keras’ apabila mengumumkan kerajaan Sarawak bukan sahaja melarang UMNO masuk ke negeri tersebut, malah mencabar DAP dibubarkan dan ditubuh parti mereka sendiri.

Chieng Jen dilaporkan ‘terkedu’ enggan menyahut cabaran Adenan sebab tahu DAP menerima sokongan kuat kaum Cina di Sarawak hasil menumpang imej parti Semenanjung itu dan akan lumpuh jika diwujudkan parti lain.

Persoalannya beranikah pemimpin tertinggi DAP, PKR, PAN dan PAS membubarkan cawangan parti itu sendiri di Sarawak selaras dengan tindakan mereka kuat menyokong perjuangan Sarawak for Sarawakians selama ini? – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Johor Nafi Bertanding Solo PRN

PKR Johor Nafi Bertanding Solo PRN

18/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menafikan parti itu akan bertanding secara...

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu  Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan cadangan mengisytiharkan darurat supaya Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd