• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Mana Pergi Wang Tabung Derma Ceramah DAP?

oleh
31/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bagi sesiapa yang rajin mengikuti ceramah kempen DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 di seluruh Sarawak, bukan aneh melihat petugas parti itu membawa tabung derma merayu ihsan penyokongnya.

Memakai baju-T dengan lambang rasmi UBAH di atas dada bahagian depan dan ‘Donation Team’ di bahagian belakangnya, sukarelawan DAP ini bergerak sambil memegang peti kecil warna putih tertera logo roket parti itu.

Dengan riak imej muka sedih, aktivis tersebut akan berjalan ke hulu ke hilir memohon simpati daripada puluhan atau ratusan hadirin setiap kali ada ceramah DAP berlangsung di mana-mana kawasan yang ditetapkan parti itu.

Pemerhatian Mynewshub mendapati, lazimnya penyokong tegar DAP akan memasukkan not RM50 dan paling miskin pun RM10. Amat jarang atau mungkin terlepas pandang jika ada pula hulur RM1 atau duit syiling 10 sen.

Namun timbul tanda tanya ke manakah perginya wang derma tersebut kerana kutipan diperoleh memang tidak mampu menampung kos program ceramah yang biasanya lebih hebat daripada Barisan Nasional (BN) sendiri.

Bayangkan kempen ceramah DAP bukan calang-calang dengan dilengkapi sistem pembesar suara, layar skrin gergasi dan pentas mudah alih sama ada jenis pasang siap atau kontena boleh ubah suai yang amat serba canggih.

Jika dibuat congakan ringkas, satu ceramah skala besar boleh sahaja mendapat paling kurang 100 penonton dan katakanlah seorang sanggup menderma RM10, ini bermakna jumlah kutipan tentunya mampu cecah RM1,000.

dap derma

dap derma2

Itu kes senario paling teruk atau worst case scenario, namun ceramah DAP biasanya menerima sambutan lebih daripada itu apatah lagi jika ada ‘otai’ terkenal atau calonnya agak popular dalam kalangan penduduk setempat.

Sebagai contoh ceramah DAP di tepi Jalan Tun Jugah di sini lewat Sabtu lalu disertai Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan calon anak muda Melayu kerusi Batu Kitang, Aziz Isa Maridon yang dianggap anak emas DAP.

Majoriti hadirin dilihat bersedekah RM50 dan ini bermakna kutipan derma pada program itu boleh mencapai RM50,000 berdasarkan anggaran lebih 1,000 orang yang datang menurut kiraan oleh portal propembangkang.

Berbalik soalan cepumas, ke mana duit derma itu? Video di bawah yang kini viral di Sarawak mendedahkan rahsia tersembunyi yang agak mengejutkan sehingga menjadi bahan jenaka netizen di negeri bumi kenyalang tersebut.

Mudah cakap, sesiapa teringin merasai makanan mewah empuram, sejenis ikan segar paling mahal di Malaysia, apa kata menyertai Jawatankuasa PRN DAP malah dibekalkan juga tiket penerbangan dan penginapan percuma.

Sama ada ia betul atau sekadar dakwaan, persepsi konon DAP sebuah parti miskin kini menimbulkan persoalan. Lihat sahajalah bagaimana imej gaya mewah penampilan pemimpin mereka sendiri mengalahkan lagak jutawan.

Setakat ini, respons terhadap video itu kebanyakannya datang dari penyokong fanatik DAP yang sekadar marah dan bising, tetapi mereka tidak pula berani menjawab banyak soalan ‘maut’ dilontarkan menerusi video tersebut. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Johor Nafi Bertanding Solo PRN

PKR Johor Nafi Bertanding Solo PRN

18/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menafikan parti itu akan bertanding secara...

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu  Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan cadangan mengisytiharkan darurat supaya Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd