• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Hujan, Ribut Dijangka Kawasan Pantai Sarawak

oleh
06/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pengundi di Sarawak yang bakal menunaikan tanggungjawab mereka dinasihatkan untuk bersedia membawa payung ketika berulang-alik ke pusat pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 ini.

Ini berikutan laporan tinjauan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan membayangkan hujan dijangka turun di beberapa kawasan di seluruh Sarawak sepanjang PRN ke-11 berlangsung pada 7 Mei.

Menurut laporan diterbitkan Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional di jabatan itu, keadaan tersebut disebabkan oleh angin dari arah Timur-Timur Laut yang lemah dijangka bertiup di Sarawak pada sepanjang Sabtu ini.

Sehubungan itu, hujan di satu dua tempat diramal di kawasan pantai Sarawak pada sebelah pagi manakala lewat petang sehingga senja, hujan dan ribut petir di satu dua tempat boleh berlaku di semua bahagian di Sarawak.

Pada sebelah malam pula iaitu ketika tempoh pengiraan, penjumlahan undi dan pengumuman rasmi keputusan PRN ke-11, hujan di satu dua tempat akan berlaku di bahagian tengah dan pedalaman Sarawak sahaja.

Di ibu negeri Sarawak, hujan diramal turun sepanjang hari dengan suhu minimum di sekitar pusat bandar raya Kuching dijangka 24 darjah Celsius dan maksimum ialah 33 darjah Celsius. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Wajar Pertahan 21 Kerusi DUN Melaka Berdasarkan Mandat Rakyat – Azrul

BN Wajar Pertahan 21 Kerusi DUN Melaka Berdasarkan Mandat Rakyat – Azrul

07/08/2026
0

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan...

Mastura Luah Penghargaan Buat Jalaluddin Alias, Teguh Memimpin Perjuangan BN

Mastura Luah Penghargaan Buat Jalaluddin Alias, Teguh Memimpin Perjuangan BN

04/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada Datuk Seri Jalaluddin Alias....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd