• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Hebat! Lebih ‘50,000’ Serbu Banjiri Ceramah PKR!

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ceramah PKR di Matang Jaya dekat sini malam Ahad berjaya mendapat sambutan yang ‘sangat menggalakkan’ malah mengejutkan ramai pemerhati politik tempatan sendiri khasnya Barisan Nasional (BN).

Program siri ceramah politik sempena kempen parti tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 di Sarawak itu dibarisi oleh Timbalan Presiden PKR, yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Acara di Synergy Square, Matang Jaya yang dianggap hebat itu turut menampilkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga kerajaan Selangor, Dr. Daroyah Alwi yang juga Naib Ketua Wanita PKR Pusat.

Tidak ketinggalan ADUN PKR Sri Andalas yang juga bekas exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar Arulanamdam. Ironinya menurut laporan bebas, ceramah mega tersebut hanya dihadiri oleh lima orang sahaja.

Amat memalukan kerana ceramah dibarisi tokoh ulung PKR itu; secara kebetulan di kawasan yang berhampiran, turut berlangsung pula ceramah oleh BN yang ‘cuma’ mendapat sambutan beribu-ribu orang pengunjung.

pkr1

pkr2

pkr3

pkr4

Apakah pengaruh PKR di Sarawak semakin pudar ataupun ceramah PKR tersebut cuba disabotaj oleh rakan sekutu Pakatan Harapan mereka sendiri? Di manakah pergi jentera serta penyokong tegar DAP dan PAN?

Timbul persoalan mengapa kedua-dua parti pembangkang yang juga memang berasal dari Semenanjung itu tidak ‘turun padang’ membantu atau malas menyokong gerak kerja PKR dalam keadaan genting pada PRN kali ini!

Kawasan tempat ceramah PKR di Matang Jaya ini terletak dalam kerusi N.6 Tupong yang sebenarnya ‘kubu kuat’ Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak dahulu lagi serta merupakan parti tunjang komponen BN Sarawak.

Untuk PRN kali ini, calon BN dari PBB, Fazzruddin Abdul Rahman ditentang sengit oleh calon PKR, Nurhanim Hanna Mokhsen dalam pertandingan satu lawan satu. Jumlah pengundi berdaftar di Tupong ialah 21,499 orang.

Sekiranya dinilai melalui sambutan lesu masyarakat setempat sendiri terhadap kempen PKR di sini, tidak mustahil calon PKR tersebut kemungkinan besar bakal kehilangan wang deposit pilihan rayanya. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd