• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: LKS Gesa Orang BN Usah Undi 7 Kerusi DAP Jangka Kalah

oleh
02/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING  – Masih lagi berbaki lima hari sebelum kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berakhir, otai DAP, Lim Kit Siang tampaknya sudah mula menunjukkan kerisauan mengenai jumlah kerusi parti itu yang konon bakal hilang.

Beliau menganggarkan tujuh daripada 12 kerusi yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dimenangi DAP ketika PRN yang lalu kini berada dalam ‘senarai bahaya’.

Justeru Kit Siang menerusi laman web rasmi Roketkini, mahu jentera kempen parti berasal dari Semenanjung ittu digerakkan segera kerana tujuh daripada 12 kerusi ini berada dalam ‘senarai bahaya’ selepas seminggu berkempen.

Beliau berkata, memang gembira DAP menang beberapa kerusi luar bandar tetapi pada masa sama, amat kecewa DAP kalah di kawasan bandar, terutama 15 kerusi dipecahkan daripada 12 kerusi dimenangi DAP ketika PRN 2011.

Kit Siang bagaimanapun enggan menamakan tujuh kerusi tersebut yang berkemungkinan besar konon untuk menunjukkan beliau takut kerusi berkenaan akan diasak kuat lagi oleh jentera kempen Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, BN Sarawak telah melaksanakan kempen berasaskan populariti Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem yang menggunakan slogan “Demam Adenan” dipaparkan di banyak lokasi strategik di seluruh Sarawak.

Malah beliau turut menyelar tindakan BN mengunakan strategi politik wang dan politik sekatan demi menakutkan pengundi termasuk menggunakan strategi kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena PRN.

Hakikatnya Kit Siang terpaksa membuat amaran palsu itu sebagai strategi untuk memastikan penyokong tegar BN tidak keluar mengundi pada 7 Mei depan dengan alasan konon berasa selesa DAP akan kalah di kerusi tersebut.

Pada masa sama, DAP dalam setiap ceramah mereka mengerahkan penyokongnya untuk turun membuang undi dengan dakyah bahawa BN memang dijamin menang besar sehingga 70 kerusi di sebalik DAP pula tewas teruk.

Apakah strategi digunakan BN telah mengugat keyakinan Kit Siang untuk mengekalkan 12 kerusi sedia ada serta mencatat kemenangan di beberapa kawasan majoriti pengundi Dayak di 18 lagi kerusi DUN yang ditandingi DAP.

‘Pasukan Adenan’ dilihat begitu agresif melancarkan kempen dengan mendekati pengundi di kawasan masing-masing berbanding pembangkang pula yang sibuk membuat ‘ceramah panas’ menghina pemimpin kerajaan.

Taktik hasut rakyat untuk memyemai kebencian kepada BN giat dilakukan oleh DAP ketika PRN kali ini yang dilihat boleh memecahbelahkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Sarawak. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd