• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Aktivis ‘Kalah’ Ganggu Pekerja BN Pasang Banner

oleh
06/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tertekan dengan jangkaan calon Barisan Nasional (BN) bakal menang di kerusi Dudong di Sibu, seorang aktivis sosial tempatan, Hii Tiong Huat mencetuskan kekecohan di Pintu Gerbang Sibu pada petang Khamis.

Menurut laporan media tempatan, Tiong Huat, 68; dikatakan cuba mengganggu sekumpulan penyokong BN yang sedang sibuk memasang beberapa kain rentang kempen parti tersebut di tempat terbabit sekitar jam 2 petang.

Calon langsung BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kerusi Dudong, Datuk Tiong Thai King juga berada di tempat kejadian bagi melihat sendiri kerja-kerja pemasangan kain rentang kempen parti di kawasan itu.

Ketika kumpulan penyokong wanita BN memasang kain rentang, Tiong Huat berjalan menuju ke arah Thai King dan menghulurkan tangan bersalam sebelum tanya kenapa kain rentang itu dipamerkan di Pintu Gerbang Sibu.

Calon BN tersebut bagaimanapun tidak mengendahkan kehadiran aktivis berkenaan sebelum menyuruh lelaki itu untuk meninggalkan Pintu Gerbang Sibu tetapi Tiong Huat dikatakan berkeras enggan beredar dari situ.

Kemudian beberapa anggota pengawal keselamatan menghampiri Tiong Huat dan sekali lagi mengarahkannya untuk segera meninggalkan tempat tersebut namun dia tetap masih lagi degil berbuat demikian.

Hii Tong Huat1

Media tempatan turut melaporkan ada berlaku sedikit ketegangan selama beberapa minit selepas itu apabila pengawal keselamatan cuba memaksa Tiong Huat untuk keluar dari tempat tersebut.

Anggota polis kemudian tiba di tempat kejadian untuk menenangkan keadaan serta berjaya membawa Tiong Huat dan empat pengawal keselamatan ke balai polis berhampiran bagi membuat laporan mengenai insiden itu.

Tiong Huat merupakan seorang aktivis yang sangat dikenali di Sibu dan baru-baru ini dia dilihat berada di sekeliling bandar dengan mempamerkan banting besar untuk meminta pengundi agar mengundi semua calon bertanding.

Ketika PRN ke-10 pada 2011 lalu, Tiong Huat pernah muncul bertanding sebagai calon bebas di DUN kerusi Bukit Assek menentang calon DAP, mendiang Richard Wong Ho Leng dan calon BN-SUPP, Chieng Buong Toon.

Dia namun hanya mampu meraih 180 undi dan hilang wang deposit pilihan raya. Calon BN pula memperoleh 4,700 undi manakala Ho Leng mendapat sebanyak 13,527 undi untuk memenangi kerusi itu. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd