• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Terlibat Pengedaran Ketum

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Polis Melaka menahan seorang penarik kabel kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran daun dan air ketum di negeri ini sejak 2011.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt A. Asmadi Abdul Aziz berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin pukul 12.15 tengah malam semalam.

“Pemeriksaan menemui tiga bungkus plastik hitam disyaki daun ketum dianggarkan seberat 20 kilogram dengan nilai RM600 dan sebotol cecair berisi kira-kira satu liter air ketum di bahagian belakang kenderaan yang dipandu lelaki itu.

“Ketika ditahan lelaki itu dipercayai baru tiba di Melaka selepas mendapatkan bekalan daun ketum dari Perak untuk dijual di sekitar negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki berkenaan disyaki memproses daun tersebut untuk menghasilkan air ketum yang dijual dengan harga RM10 sebotol manakala daun itu dijual pada harga RM30 sekilogram.

A. Asmadi berkata suspek yang berasal dari Teluk Intan, Perak dipercayai memproses daun ketum berkenaan di rumahnya di Bukit Rambai di sini.

Katanya lelaki itu mampu meraih keuntungan RM2,000 sebulan hasil jualan daun serta air ketum dan mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan pengedaran daun dan air ketum.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – BERNAMA

Tags: ketumpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd