• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Bunuh Anak Secara Tragis

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Polis menahan seorang lelaki berumur 34 tahun yang dipercayai membunuh anak kandungnya berumur enam tahun dengan menghempap tong gas seberat 3 kilogram di atas kepala kanak-kanak itu, semalam.

Media-media tempatan hari ini memetik jurucakap Polis Daerah Sulawesi Selatan Frans Barung Mangera berkata, kejadian berlaku di rumah dua beranak itu di Kampung Bulu-bulu, di daerah Tamalanrea, Makassar, Sulawesi Selatan.

Lelaki itu dikatakan hanya tinggal berdua dengan anaknya setelah berpisah dengan isterinya beberapa tahun lepas.

Katanya, polis menerima panggilan penduduk kampung yang menangkap seorang lelaki dalam rumahnya kerana dipercayai mabuk dan membunuh anaknya sendiri.

Beliau berkata polis menemukan mayat kanak-kanak lelaki itu yang parah di kepala dan hasil siasatan mendapati lelaki itu mendakwa dia tidak sedar telah membunuh anaknya kerana telah dirasuk makhluk halus.

Pada perkembangan lain, Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini menggesa polis menahan dan mendakwa sekumpulan remaja yang dikatakan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun dikenali sebagai Yuyun di Bengkulu, Timur Laut Sumatera, tiga hari lepas.

Presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi membuat desakan itu menerusi akaun twitternya dengan menulis “Tangkap & hukum pelaku seberat2nya”.

Polis menemukan mayat Yuyun dalam sebuah gaung sedalam lima meter di Kampung Kasie Kasubun di daerah Padang Ulak Tanding sehari selepas ibu bapanya membuat aduan mengenai anak perempuan mereka yang tidak pulang dari sekolah sehingga ke malam.

Kejadian itu berlaku kira-kira satu kilomter dari rumah mangsa dan setelah melancarkan operasi, polis menahan 14 lelaki termasuk beberapa rakan sekolah Yuyun yang dipercayai terbabit membunuh setelah memperkosanya.

Hasil siasatan mendapati kumpulan remaja terbabit dikatakan menganjurkan pesta arak pada waktu tengah hari di rumah seorang rakan mereka dan Yuyun yang baru pulang dari sekolah dikatakan melalui kawasan rumah berkenaan untuk pulang ke rumahnya.

Kumpulan lelaki terbabit dipercayai telah menculik Yuyun dan mengheretnya ke kawasan semak berhampiran sebelum merogolnya secara beramai-ramai dan kemudian membunuhnya.

Jokowi yang melahirkan rasa dukacitanya dengan kejadian itu turut memuat naik dalam twitternya dengan menulis “Kita semua berduka atas kepergian YY yg tragis,”

Presiden Indonesia itu juga meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap pesalah agar kes seumpama itu tidak berulang malah menggesa masyarakat agar tidak menganiayai wanita dan kanak-kanak. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN: Pembangkang Dijangka Guna Taktik Kotor Hari Terakhir

Next Post

Kira-Kira RM200,00 Lesap, 2 Mesin ATM Dipecah Di Ampang

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

09/07/2025
0

SEPANG: Dua individu yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan penuntut universiti di Cyberjaya, 24 Jun lalu akan didakwa di Mahkamah...

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

05/07/2025
0

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan...

Next Post

Kira-Kira RM200,00 Lesap, 2 Mesin ATM Dipecah Di Ampang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd