• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Disyaki Bakar Pejabat Di Wisma Cosway

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang mencari dua lelaki yang disyaki melakukan khianat dengan membakar sebuah pejabat di Wisma Cosway, Jalan Raja Chulan di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata pihaknya menerima laporan kebakaran di hadapan pejabat Peguam Wong & Chua Advocates & Solicitor di bangunan itu pada 7 pagi tadi.

“Susulan itu, pusat kawalan kemudian mengarahkan kereta peronda ke lokasi berkenaan bersama-sama tiga jentera bomba dari Balai Bomba Pudu, Jalan Hang Tuah dan Forensik Bomba dari Sri Rampai,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Siasatan forensik menemukan sebuah tong berwarna biru, satu pemetik api dan satu batang besi kuku kambing dipercayai digunakan untuk membakar pejabat itu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kedua-dua suspek dipercayai warga tempatan, memakai topi, jaket dan topeng mulut serta menaiki kereta Honda City berwarna kelabu ke bangunan itu.

“Suspek kemudian naik ke tingkat lima menggunakan lif dan membawa satu tong disyaki minyak tanah dan sebatang besi kuku kambing lalu meletakkan tong itu di hadapan pejabat berkenaan.

“Sejurus tiba di hadapan pejabat itu, suspek menyalakan api menggunakan sebuah botol kaca berisi minyak lalu membaling botol itu ke pintu pejabat sebelum melarikan diri menggunakan lif,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api. – BERNAMA

Tags: bakarpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd