• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Akan Panggil Jho Low Untuk Bantu Siasatan Jika Perlu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low untuk membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika perlu, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, KDN berkata pihak polis hanya akan memanggil Jho Low sekiranya terdapat keperluan untuk beliau hadir bagi membantu siasatan.

“Setakat hari ini, tiada sebarang pertemuan di antara pihak polis dan Jho Low,” katanya menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru).

Sim bertanya sama ada Jho Low telah berjumpa dengan pihak polis berkenaan dengan siasatan kes 1MDB.

Menurut KDN, polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu unsur pecah amanah dan penipuan.

“Siasatan ke atas 1MDB juga merangkumi kedapatan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBJho Low
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd