• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Thomas 2018: Khidmat Chong Wei Masih Diperlukan

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Malaysia masih memerlukan khidmat jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei untuk menghadapi kejohanan Piala Thomas pada 2018.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata perancangan skuad badminton negara adalah ke arah menyediakan pasukan pelapis baru, namun khidmat Chong Wei masih diperlukan.

“Walaupun Chong Wei telah memaklumkan bahawa ini peluang terakhir beliau untuk beraksi dalam Piala Thomas tetapi saya yakin dan percaya beliau masih boleh menjadi pemain yang hebat pada 2018 nanti.

“Pada usia 34 atau 35 tahun, Chong Wei mungkin boleh turun sebagai pemain perseorangan ketiga, sebagai percaturan taktikal negara pada kejohanan Piala Thomas 2018 nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan FitMalaysia peringkat negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Namun, beliau berkata segala perancangan itu terpulang kepada Chong Wei, akan tetapi yang pasti adalah Malaysia sudah tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya dengan generasi pemain badminton ini.

Khairy berkata, ini adalah Piala Thomas yang terakhir bagi beberapa pemain negara antaranya Chong Wei Feng, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.

“Skuad badminton akan melalui peralihan generasi dan berdasarkan skuad ketika ini, saya lihat yang masih boleh bermain pada masa akan datang ialah Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, prestasi pasukan Malaysia dalam kejohanan kali ini boleh dianggap sebagai baik kerana sudah mencapai sasaran untuk layak ke separuh akhir tetapi agak mengecewakan adalah kekalahan kepada Denmark selepas mendahului dua kosong.

“Kita harus mengakui bahawa Denmark merupakan pasukan pilihan kedua dalam kejohanan dan merupakan satu pasukan yang kuat. Bagaimanapun, kita dapat beberapa keputusan cemerlang termasuk menang dua perlawanan awal serta menewaskan pasukan pilihan ketiga Korea Selatan.

“Bagi saya, pencapaian kita agak baik kerana skuad negara bukan antara empat pasukan pilihan dalam kejohanan Piala Thomas kali ini,” katanya.

Terdahulu, lebih 12,000 orang menyertai program FitMalaysia Pulau Pinang yang terdiri daripada larian lima kilometer, larian 10km dan kayuhan basikal 10km dan 30km. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd