• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perogol Keji Bakal Dibebaskan, Cetus Kebimbangan Ramai

oleh Ahmad Albab
12/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEROGOL keji, Ronald Van der Plaat dari New Zealand yang menjadikan anak perempuannya sebagai hamba seks selama 23 tahun, bakal dibebaskan dari penjara esok, sekali gus mencetuskan kebimbangan dia bakal mengulangi perbuatan tidak senonoh itu ke atas kanak-kanak lain.

Ronald, 82, telah disumbat ke penjara selama 15 tahun pada 2001 kerana melakukan penderaan seksual ke atas anaknya, Tanjas Darke dengan cara yang keji termasuk memasukkan kepala anaknya dalam kotak yang direka khas sebelum merogol Tanjas.

Tanjas mengandung ketika berusia 12 tahun dan turut mendapat penyakit jangkitan seksual selepas bertahun-tahun mengalami penderaan seks.

Penganiayaan itu bermula ketika dia berusia sembilan tahun, selepas ibunya meninggalkan mereka, hinggalah ketika usianya mencecah 30-an.

Pada mulanya polis sukar mempercayai dakwaan Tanjas sehinggalah mereka menemui gambar-gambar penderaan seks itu.

tanjas
Tanjas turut menulis buku ‘Flight of the Dancing Bird’ pada 2007 bagi menceritakan mengenai penderitaannya itu.

Tanjas turut menulis buku Flight of the Dancing Bird pada 2007 bagi menceritakan mengenai penderitaannya itu.

Dengan pembebasan itu, Ronald tidak dibenarkan menghubungi Tanjas dan dia juga akan dipakaikan gelang GPS, serta tidak diharamkan daripada mendekati kawasan sekolah dan tadika.

Ronald juga tidak boleh berhubung dengan mereka yang berusia bawah 16 tahun. Dia dijangka pulang ke rumahnya di Te Atatu, iaitu tempat di mana dia merogol Tanjas.

Perogol ini pernah dibebaskan pada 2010 namun ditahan semula selepas dia dilihat memegang tangan seorang kanak-kanak di dalam sebuah muzium. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes rogolwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd