• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Tegur Pengikut FB

oleh
21/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini terpaksa menegur sikap pengikut atau followers di laman sosial Facebook milik baginda sendiri yang hanya gemar memilih topik tertentu.

Raja Zarith Sofiah malah mempersoalkan tindakan semacam ‘pilih kasih’ oleh pengikut yang lebih tertarik untuk meninggalkan komen dan tanda suka atau ‘like’ setiap kali baginda memuat naik foto diri sendiri.

Bagaimanapun apa yang anehnya ujar Permaisuri Johor itu lagi, mereka pada masa sama tidak pula berbuat perkara serupa apabila baginda pernah memuat naik artikel sejarah berkaitan cucu Nabi Muhammad SAW.

“Saya ada memuat naik gambar dan menerima ribuan ‘like‘ serta ratusan komen. Tetapi apabila saya memuat naik artikel mengenai cucu Nabi Muhammad SAW, saya hanya menerima 10 ‘likes’ dan satu komen.

“Bagaimana kita akan jadi seorang Muslim atau Muslimah yang lebih baik, jika kita tidak berminat dengan sejarah Islam, dan tidak cuba menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang agama Islam?” luah Raja Zarith Sofiah.

“Adakah ini kerana rencana tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris dan tidak ramai yang boleh membacanya? Atau, adakah kerana semua terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membacanya?

“Atau, adakah kerana tiada siapa yang berminat tentang cerita berhubung dengan keluarga Rasulullah SAW? ” soal baginda lagi menerusi muat naik status terbaharu itu di Facebook.

zarith

Posting Raja Zarith Sofiah itu mendapat maklum balas daripada pengikutnya termasuk antaranya salah seorang pengikut baginda, Nor Fatin Gali yang sentiasa mengikuti perkembangan Raja Zarith Sofiah.

Beliau secara jujur berpendapat artikel Raja Zarith Sofiah berkenaan cucu Nabi Muhammad SAW kemungkinan besar tidak ‘mendapat sambutan’ berikutan penggunaan bahasa Inggeris dalam artikel tersebut.

“Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin lebih gemar dan lebih faham apabila Tuanku menggunakan bahasa Melayu… Maaf Tuanku. Kami sayangkan Tuanku. Terima kasih atas perkongsian (artikel tersebut).

“Ia merupakan pengetahuan yang baik dan pengajaran buat semua,” katanya pada ruangan komen mengulas luahan baginda yang cukup disayangi khasnya rakyat Johor selain suami baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sementara itu, seorang lagi pengikut akaun Facebook Raja Zarith Sofiah, Norhayati Burham mendakwa, dia mungkin terlepas pandang tentang artikel yang dimuat naik oleh Permaisuri Johor itu semalam.

“Saya rasa, kalau Tuanku tidak muat naik artikel tersebut, memang saya tidak tahu sebab semalam kebetulan memang tidak ada dalam news feed saya,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Raja Zarith SofiahSultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd