• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Agong Lancar Syiling 100 Tahun Pandu Puteri

oleh
28/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan melancarkan duit syiling kenangan keluaran Bank Negara Malaysia (BNM) sempena ulang tahun ke-100 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di sini hari ini.

Pelancaran dilakukan selepas baginda merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPPM 2015/2016 yang turut dihadiri isteri perdana menteri yang juga Yang Dipertua PPPM, Datin Seri Rosmah Mansor di Langkawi International Convention Centre.

Majlis turut dihadiri Raja Puan Muda Perak yang juga Yang Dipertua PPPM Kedah, Dato Seri Diraja Tunku Soraya Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah, Tengku Puan Pahang yang juga Yang Dipertua PPPM Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar serta Ketua Pesuruhjaya PPPM, Normala Baharudin.

Ketika merasmikan mesyuarat tersebut, Tuanku Hajah Haminah selaku Penaung Diraja PPPM bertitah bahawa penerapan ilmu, kemahiran dan nilai murni melalui aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pandu Puteri diharap mampu melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber.

Baginda bertitah melalui penerapan nilai murni dan pematuhan pada undang-undang Pandu Puteri, ia mampu melahirkan puteri bangsa yang mampu menempuh pelbagai rintangan dalam menghadapi persaingan semakin mencabar dalam era globalisasi ini.

“Visi persatuan Pandu Puteri ialah menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan, selaras itu PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja, dan dewasa yang berkaliber,” titah baginda.

Sementara itu Rosmah dalam ucapannya berkata dalam memantapkan lagi kewujudannya, Pandu Puteri menyasarkan keahlian yang kini berjumlah 85,000 orang kepada 100,000 menjelang 2017.

duit1

“Untuk itu saya amat mengharapkan yang dipertua persatuan cawangan negeri-negeri bekerja keras di peringkat cawangan masing-masing untuk sama-sama memastikan jumlah ini dicapai,” katanya.

Rosmah berkata Pandu Puteri merupakan persatuan terunggul dalam menyediakan platform pendidikan tidak formal kepada para gadis dan remaja wanita dan menerajui perkembangan kepada ahlinya untuk membawa perubahan.

Sehubungan itu katanya penglibatan remaja wanita seharusnya dilebarkan dalam usaha menabur khidmat bakti kepada setiap genap lapisan masyarakat bagi membuktikan badan sukarelawan beruniform terus kekal relevan.

Dalam majlis itu, Timbalan Yang Dipertua PPPM yang juga Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah menerima Anugerah Paduka Srikandi PPPM, manakala Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Kuala Lumpur, Datuk Yeoh Soo Keng menerima Anugerah Srikandi PPPM.

Kedua-dua anugerah disampaikan Tuanku Hajah Haminah. Seramai 228 perwakilan PPPM seluruh Malaysia menghadiri mesyuarat selama empat hari bermula Khamis lalu.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan berkata syiling kenangan tersebut berwarna emas dan perak yang berwarna perak bernilai muka RM10 dan dijual pada harga RM212 sekeping sementara yang berwarna keemasan bernilai RM1 dan dijual pada harga RM10.60 setiap keping.

Ia juga boleh diperoleh bersama dalam satu set yang dijual pada harga RM265. — BERNAMA

Tags: pandu puteriPermaisuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Cemar Duli Istiadat Perbarisan TUDM Ke-64

01/06/2022
0

SUBANG – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Agong, Permaisuri Ucap Takziah Kepada Keluarga M Kuppan

31/12/2021
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga lagenda bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd