• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perebutan Harta Prince Bernilai RM1.2b Kini Masuki Fasa Baru

oleh Ahmad Albab
16/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perebutan harta mendiang penyanyi Prince bernilai RM1.2 bilion telah memasuki episod baru selepas seorang peguam telah memfailkan dokumen yang mendedahkan mengenai kemungkinan wujudkan dua waris baru.

Peguam berkenaan, Michael Padden telah memfailkan nama Brianna Nelson dan Victoria Nelson (V.N) dalam tuntutan harta berkenaan.

Beliau mendakwa Brianna merupakan anak kepada adik tiri Prince iaitu Duane Nelson Sr manakala V.N pula adalah cucu Duane Nelson.

Bapa V.N adalah anak lelaki Duane iaitu Nelson Jr.

Memandangkan Duane dan Nelson Jr telah meninggal dunia maka ia menjadikan Brianna dan Victoria sebagai waris harta Prince.

Di bawah undang-undang Minnesota, saudara tiri mempunyai hak untuk menuntut harta, sama seperti adik beradik kandung.

Justeru berdasarkan keadaan ini, maka harta Prince perlu dibahagikan kepada lapan orang.

Menurut Padden, Duane pernah menyifatkan Prince sebagai abangnya manakala Nelson Jr pula pernah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di rumah penyanyi berkenaan.

“Mereka telah bergaduh dan berpisah selepas itu, namun ia tidak boleh mengubah hakikat bahawa mereka adalah adik beradiknya,” kata Padden.

Prince diketahui selama ini mempunyai seorang adik kandung, Tyka Nelson dan lima adik beradik tiri iaitu Sharon, Norrine, John Nelson, Omarr Baker dan Alfred Jackson.

Bagaimanapun dianggarkan 600 hingga 700 orang dijangka tampil mendakwa mempunyai hak ke atas harta mendiang Prince memandangkan dia tidak menamakan waris sebelum meninggal dunia.

Tags: penyanyiPrince
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd