• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan Lima Ditangkap Selepas Menyamun

oleh Ahmad Albab
11/05/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar lelaki tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis selepas disyaki menyamun seorang wanita berusia 49 tahun di Taman Patani Jaya, di sini, kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa yang berada di dalam kereta menunggu rakannya membuka pintu rumah sebelum didatangi tiga lelaki menaiki dua motosikal.

“Mangsa mendakwa diacukan sebilah pisau manakala salah seorang suspek menuju ke tempat duduk penumpang lalu mengambil beg bimbit berisi dokumen dan buku resit serta satu telefon bimbit jenama Lenovo milik mangsa, sebelum suspek melarikan diri.

“Rakan mangsa yang tiba kemudiannya menghubungi pasukan sukarela Skuad Bantuan Krisis MCA memaklumkan mengenai kejadian dan tidak lama kemudian mangsa dimaklumkan bahawa salah seorang suspek berjaya ditangkap tidak jauh dari situ,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Md Zukir berkata, mangsa kemudiannya ke lokasi suspek ditangkap dan mendapati barang miliknya ada bersama suspek lalu suspek kemudiannya diserahkan kepada polis.

“Siasatan lanjut mendapati pelajar berusia 17 tahun itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau bahkan siasatan awal juga mendapati ia tidak berkaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi menjejaki dua lagi suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Ibrahim Cadang Kerajaan Johor Hidupkan Semula Pasukan JVF

Next Post

Chloe Moretz Akui Bercinta Dengan Anak David Beckham

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

12/05/2024
2

Kota Kinabalu : Penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut, di sini, menggunakan kerambit,...

Next Post

Chloe Moretz Akui Bercinta Dengan Anak David Beckham

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd