Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

50,000 Unit Vaksin Untuk...

IPOH - Kerajaan menempah 50,000 unit vaksin bagi menangani penularan wabak penyakit anjing...

Bacaan Pertama RUU Pindaan...

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori...

Beras Faiz Dakwa Pemilik...

SEMALAM, Mynewshub telah menyiarkan tentang salah satu produk beras yang berada di pasaran...

Lynas Terima Lampu Hijau...

PETALING JAYA - Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah memberi lampu hijau supaya...

PAS Tidak Mendokong Semangat Pakatan Harapan! – PAN

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa PAS tidak mendokong semangat Pakatan Pembangkang.

Justeru, Pemangku Ketua Pemuda PAN Perak, Mohd. Fitri Asmuni berkata, PAN perlu mewakili Pakatan Harapan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

“Pakatan Harapan diwujudkan atas dasar kesedaran pentingnya sistem dwi parti melalui satu kesepakatan ampuh.

“Oleh yang demikian, atas kesedaran itu Pemuda PAN Perak menegaskan Pakatan Harapan wajar untuk meletakkan calon merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdapat ura-ura PKR mahu parti yang menanggotai Pakatan Harapan tidak bertanding dalam PRK Kuala Kangsar untuk memujuk PAS kembali menyertai Pakatan Harapan.


Saranan itu bagaimanapun disanggah oleh pemimpin PAN kerana PAN merupakan parti yang menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.

PAS sebelum ini mengumumkan akan bertanding di kerusi tersebut sambil menegaskan bersedia untuk menentang mana-mana parti daripada Pakatan Harapan.

Mohd. Fitri seterusnya menegaskan, Pakatan Harapan perlu tetap bertanding dalam PRK Kuala Kangsar dan tidak menjadikan PAS yang turut bertanding sebagai kekangan. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori