Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

“Maaf Dan Terima Kasih...

"SAYA telah cuba sedaya upaya saya untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia." Demikian...

Hormati Keputusan Lembaga Pengampunan

JASIN - Semua pihak perlu menghormati keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja...

Inilah Pekerjaan Paling Mudah,...

LONDON - Jika anda seorang yang pemalas malah tidak suka kerjaya 3D iaitu...

Harga RON97 Naik Lagi...

KUALA LUMPUR – Harga runcit RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.68 seliter...

PAS Dedah Agenda DAP Mahukan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan

KUALA LUMPUR- PAS mengingatkan semua pihak bahawa DAP telah memperjuangkan isu pilihan raya kerajaan tempatan sejak Singapura berpisah dengan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Ketua Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, DAP memperjuangkan pilihan raya kerajaan tempatan kerana sebelum ini parti itu menguasai undi kaum Cina di bandar-bandar utama.

“Kerajaan kemudiannya menghapuskan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan yang menandakan kerajaan negeri tidak lagi berkuasa mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan sebaliknya hendaklah melantik Ahli Majlis Tempatan.

“Antara faktor utama penghapusan ini ialah konflik antara Dewan Bandaraya Georgetown yang dikuasai Sosialis Front dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu Hari Bebas Darurat 1960 diikuti isi rusuhan kaum di bandar pada 13 Mei 1969,” katanya menerusi satu artikel bertajuk Hari Ini Dalam Sejarah PAS hari ini.

Mohd. Fadli berkata, DAP pada tahun 2012 bagaimanapun membangkitkan semula tentang pilihan raya kerajaan tempatan dan membahaskan Rang Undang-undang Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di DUN Pulau Pinang.


Katanya, PAS yang tidak pernah bersetuju dengan pilihan raya kerajaan tempatan kerana boleh menimbulkan perbalahan kaum hanya mengambil sikap berdiam diri untuk mengelak perseteruan dengan DAP pada waktu itu.

“Pendirian PAS akhirnya tercabar pada hujung 2015 apabila DAP yang menolak hudud menentang secara terbuka Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (Pindaan) 2015 walaupun telah beberapa kali diberi taklimat oleh PAS,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori