• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Akan Kalah 3,000 Undi Di PRK Sungai Besar – Kajian

oleh Ahmad Albab
24/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Kajian yang dijalankan oleh sebuah badan pemikir untuk Pakatan Harapan mendedahkan bahawa PAS akan kehilangan kira-kira 3,000 undi kepada Barisan Nasional (BN) jika bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar.

Satu sumber yang rapat dengan Pakatan Harapan berkata PKR akan menang dengan sekurang-kurangnya majoriti 1,000 undi, tetapi BN akan menang dengan majoriti 5,000 undi jika berlakunya pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN).

“Kami mahu memenangi kerusi itu dan PAS perlu memahami dan bekerjasama dengan sebahagian daripada kami yang lain,” katanya.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Mat Shuhaimi Shafiei berkata PKR bersedia berbincang untuk parti itu untuk bertanding pada PRK sahaja dan kerusi itu akan dikembalikan semula kepada PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Mat Shuhaimi berkata tidak berbaloi untuk PAS hilang kedudukan strategik dalam kerajaan negeri untuk satu kerusi Parlimen apabila perkara itu boleh dikompromi.

“Terbaik bagi PAS adalah dengan menerima penyelesaian jalan tengah daripada bertanding di Sungai Besar dan kalah,” katanya.

Sementara itu, satu lagi sumber PKR berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meletakkan tiga Exco PAS dalam kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib dalam kedudukan yang sukar dengan berkata mereka bersedia untuk hilang kedudukan supaya parti itu dapat bertanding di Sungai Besar. – mStar Online

Tags: PASPRK Sungai Besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd