• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR Mula Guna Alat Pengesan Logam – Azharuddin

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) nahas helikopter akan mula menggunakan alat pengesan logam bagi mengesan bangkai pesawat terbabit, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

“Kita gunakan alat pengesan logam sekiranya ada isyarat daripada logam dan kita akan berusaha dapatkan penyelam di kawasan itu,” katanya pada sidang media harian di menara kawalan DCA di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi SAR yang masuk hari keempat hari ini, akan tertumpu di kawasan seluas 870 kilometer (km) persegi di Sebuyau dan Lingga dekat Sungai Batang Lupar, kira-kira 220km dari sini.

Azharuddin berkata pasukan SAR juga telah menemui ekor pesawat dikenali sebagai ‘tail boom’ serta sebuah kusyen dipercayai milik helikopter itu.

“Sehingga 9.45 pagi ini, kita telah temui satu kusyen di kawasan Pulau Triso dekat muara Batang Lupar, dan juga ‘tail boom’ di Sungai Merah kira-kira 4 kilometer di Timur Laut Lingga.

“Antara cabaran dihadapi pasukan SAR ialah jarak penglihatan paling minima selain arus sungai yang deras,” katanya.

Ditanya tentang dakwaan bahawa helikopter malang itu membawa lebih muatan penumpang seramai enam orang sehingga menyukarkan juruterbang melakukan penerbangan, Azharuddin berkata ia hanya berbentuk spekulasi.

“Ia adalah spekulasi di media sosial dan biarlah Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) jalankan siasatan yang telah dimulakan sejak hari pertama sehingga kita tahu punca kemalangan berlaku,” katanya.

Sehingga kini, lima mayat penumpang helikopter itu telah ditemui termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.

Operasi mencari sedang giat dilakukan oleh 650 anggota pelbagai agensi untuk mencari juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas, yang masih hilang.

Helikopter malang jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong ke Kuching pada 4.12 petang Khamis lepas, sebelum ia hilang daripada radar kira-kira tiga minit kemudian. – BERNAMA

Tags: DCAoperasi SAR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Operasi SAR Cikgu Hafiz Masuk Hari Ketiga

Operasi SAR Cikgu Hafiz Masuk Hari Ketiga

12/11/2023
0

KULIM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru, Mohd Hafiz Jasmi, 38, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dalam hutan di...

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

09/07/2023
0

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Mawar yang masih hilang diteruskan hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd