• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Helikopter: Mayat Ketiga Ditemui – TPM

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mayat mangsa ketiga nahas helikopter di Sarawak berjaya ditemui di Lingga.

Penemuan terbaharu itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi laman Twitternya, sebentar tadi.

Usaha sedang dilakukan untuk menerbangkan mayat mangsa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bagi proses bedah siasat di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

“Mayat ketiga ditemui di Lingga. Urusan untuk menerbangkan ke IPK di Kuching sedang diuruskan. Saya berada di bilik mayat hospital Kuching,” tulis Ahmad Zahid.

Sebelum itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat kedua pada pukul 8.34 pagi di Sungai Batang Lupar.

Mayat mangsa yang masih terikat di tali pinggang keselamatan kerusi ditemui berhampiran Pulau Seduku, kira-kira 10 kilometer dari pusat operasi SAR.

Identiti mangsa masih belum diketahui.

Pada Jumaat pasukan SAR menemui mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon berdekatan lokasi serpihan helikopter.

Selain Noriah helikopter itu turut dinaiki suaminya, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian. – mStar Online

Tags: Mayatnahas helikopter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd