• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Helikopter: Anggota Keluarga Mangsa Diberi Kaunseling

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membawa 10 orang jurukaunseling untuk memberi khidmat kaunseling kepada anggota keluarga mangsa nahas helikopter Khamis lepas.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan – di hotel penginapan keluarga mangsa, di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini dan di Hospital Umum Sarawak.

Rohani berkata khidmat kaunseling untuk anggota keluarga mangsa amat diperlukan agar mereka dapat menerima hakikat bahawa orang yang disayangi sudah pergi selama-lamanya dan tidak terlalu bersedih.

Ditanya berhubung proses pengecaman dan pengurusan mayat, Rohani berkata anggota keluarga mangsa hanya akan dipanggil ke hospital untuk tujuan pengecaman dan pengesahan mayat apabila proses bedah siasat dan ujian DNA selesai.

Selepas segala pengurusan mayat sudah diselesaikan barulah jenazah akan dihantar pulang untuk urusan pengkebumian, katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau berkata anggota keluarga yang berhasrat untuk sembahyangkan jenazah ikut agama masing-masing boleh berbuat demikian, dan kementerian itu akan memberi segala bantuan yang diperlukan.

Setakat ini tiga mangsa telah dijumpai dan dua dikenal pasti iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang ditemukan di tebing Sungai Batang Lupar, Lingga tengah hari semalam, dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai yang dijumpai pagi ini, kira-kira 15km dari tempat mayat Noriah ditemukan.

Penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah, anggota Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang Khamis, menghala ke Kuching sebelum tragedi itu berlaku.

Keluarga mereka yang terbabit dalam nahas itu tiba di Kuching sejak semalam.

Jenazah Noriah dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong, Tanjong Karang, Selangor awal pagi tadi. – BERNAMA

Tags: nahas helikopterRohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nahas Helikopter: Pasukan SAR Temui Mangsa Ke-4

Next Post

Kesemua 1,754 Pusat Pengundian Ditutup

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

Next Post

Kesemua 1,754 Pusat Pengundian Ditutup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd