• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perak Sah PM, MB Tanya Sebelum Umum Nama Calon

oleh
31/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pencalonan isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad iaitu Datin Mastura Mohd. Yazid tidak menyalahi batas agama atau melanggar adat orang Melayu Islam.

Ini kerana beliau hanya dicalonkan atas cadangan daripada pihak lain. Namun Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata Mastura tetap tidak dibenarkan untuk keluar berkempen sehingga tempoh edahnya itu berakhir.

“Tiada masalah untuk Mastura dicalonkan sebagai calon PRK (Pilihan Raya Kecil) di Kuala Kangsar. Beliau cuma tidak boleh keluar berkempen. Masa penamaan calon atau pengumuman keputusan PRK pun dia tidak boleh keluar.

“Bagaimanapun beliau masih boleh keluar kalau dia hendak mencari makanan, pergi ke hospital mendapatkan rawatan atau meluaskan perniagaannya,” kata Harussani kepada portal berita tempatan BNBBC.my pada Ahad lalu.

Mengulas lanjut mengenai isu pencalonan tersebut, Harussani malah berkata sebelum pihak Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk mencalonkan Mastura, hal edah berkenaan telah dirujuk kepada beliau terlebih dahulu.

“Memang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) ada merujuk kepada saya dahulu minta nasihat, dia tanya bolehkah Mastura dapat dicalonkan secara rasmi sebagai calon BN untuk PRK Kuala Kangsar. Saya kata boleh.

“Menteri Besar Perak (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) pun ada tanya saya perkara sama dan saya juga kata boleh,” kata Harussani sekali gus ‘mematikan’ tohmahan jahat pihak tertentu konon pencalonan itu tidak mengikut syarak.

Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar di hadapan kira-kira 2,000 penyokong di Bilik Gerakan BN di Safari Resort.

Mastura bagaimanapun tidak hadir semasa pengumuman itu dan watikah pelantikan diberikan kepada anaknya sebagai wakil. Dalam satu video yang ditayangkan, Mastura berterima kasih kerana BN memilihnya sebagai calon.

Sebelum ini Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata Mastura tidak boleh keluar berkempen kerana masih dalam tempoh edah setelah baharu kematian suami akibat nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Justeru, beliau mencadangkan agar anak Mastura itu sendiri dapat menjadi ‘pengganti’ untuk berkempen bagi pihak ibu mereka sepanjang tempoh PRK tersebut berlangsung pada bulan depan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BNKuala KangsarMufti Perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd