• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Rasuah Daripada Penyeludup Ketum, Anggota AKSEM Ditahan

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang anggota risik Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Padang Besar disyaki meminta rasuah daripada seorang penyeludup daun ketum ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) malam tadi.

Pengarah SPRM Perlis, Yaakob Angah, berkata anggota terbabit berpangkat Koperal berumur 58 tahun, diberkas dalam kem AKSEM Padang Besar, dekat sini, kira-kira 10 malam.

“SPRM menahan Koperal itu setelah seorang lelaki mendakwa penyeludup daun ketum melalui sempadan Malaysia/Thailand mengadu suspek meminta RM1,000 daripadanya empat hari lepas supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya.

Semasa ditahan, pasukan SPRM menemui wang tunai RM11,200 dalam bag sandang Koperal itu lalu dirampas dan disita untuk disiasat kerana membawa wang dalam jumlah yang banyak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

“Penyeludup terbabit yang membeli daun ketum daripada penduduk sekitar Padang Besar turut mendakwa kali pertama anggota AKSEM itu meminta RM3,000 sebagai wang perlindungan daripada beliau kira-kira sebulan lepas,” katanya.

SPRM turut mengambil keterangan daripada enam lagi anggota AKSEM berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lim Sekali Lagi Hadir Beri Keterangan Di Pejabat SPRM

Next Post

Nahas Helikopter: Mayat Ketiga Ditemui – TPM

Related Posts

Counter Setting Di KLIA: SPRM Reman 2 Pegawai Imigresen Disyaki Terima Rasuah RM400,000

Counter Setting Di KLIA: SPRM Reman 2 Pegawai Imigresen Disyaki Terima Rasuah RM400,000

20/08/2025
0

KUANTAN: Dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) direman bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah RM400,000 untuk membolehkan warga asing...

Penjaga Kebun Didenda RM5,000 Kerana Rasuah Polis

Penjaga Kebun Didenda RM5,000 Kerana Rasuah Polis

15/08/2025
0

Kuantan: Penjaga kebun didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah kepada...

Next Post

Nahas Helikopter: Mayat Ketiga Ditemui - TPM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd