• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjaga Kebun Didenda RM5,000 Kerana Rasuah Polis

oleh Mohd Arshad
15/08/2025
dalam Jenayah
0
Penjaga Kebun Didenda RM5,000 Kerana Rasuah Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan: Penjaga kebun didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah kepada anggota polis pada tahun lalu.

Hakim Sazlina Safie memutuskan demikian selepas tertuduh Hiew Chee Yong, 47, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Bagaimanapun, tertuduh berdepan hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menawarkan wang tunai sebanyak RM1,500 kepada seorang sarjan polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sebagai balasan untuk melepaskan dua lelaki daripada ditahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Chee Yong didakwa melakukan kesalahan itu di Lokap Berpusat Indera Mahkota di sini, pada 3.10 petang pada 6 Mei tahun lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Muhamad Saifuldin Ab Rahman dalam rayuan memaklumkan anak guamnya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai penjaga kebun dan menyara isteri, dua anaknya serta seorang ibu yang uzur.

Pada masa sama, katanya, pengalaman direman selama tujuh hari sudah menginsafkan tertuduh dan memohon hukuman denda dipertimbangkan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ezuain Farhana Ahmad pula mencadangkan hukuman yang setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana kesalahan itu adalah serius.

Mengambil kira hujah kedua pihak, Sazlina menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda dan memerintahkan wang rasuah RM1,500 dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia.

-Harian Metro

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd