• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat 3 Pihak Putuskan Sama Ada Teruskan Pencarian MH370

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa yang terlibat dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang masih belum membuat keputusan sama ada menamatkan misi tersebut selepas melengkapkan sasaran pencarian di 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan itu bergantung kepada laporan pakar pencarian walaupun beberapa serpihan pesawat yang ditemukan disahkan daripada pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Katanya mesyuarat tiga pihak membabitkan Malaysia, China dan Australia akan diadakan pada Jun atau Julai untuk membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil.

“Kami tetap berpandukan kepada cadangan daripada pakar. Selepas pencarian itu selesai, mereka akan mengemukakan laporan dan kami akan bincangkannya dalam mesyuarat tiga pihak.

“Belum ada keputusan yang dibuat setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wangsa Maju yang berharga RM22 juta di sini hari ini.

Pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing bersama 239 penumpang dan kru, dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Sementara itu, Liow yang juga Presiden MCA, berkata pendidik harus kerap meningkat diri agar celik teknologi supaya sentiasa berada di hadapan untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dalam era digital.

Katanya pendidik tidak boleh lagi terikat dengan sistem dan pendekatan lama dalam hasrat untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan menyampaikan pengetahuan kepada generasi muda.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata kepelbagaian aliran sekolah yang terdapat di negara ini harus dilihat sebagai satu kelebihan yang dapat membantu negara menjadi lebih kompetitif di pentas global.

SJKC Wangsa Maju ketika ini mempunyai 430 murid sejak dibuka pada 2015. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd