• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Tarik Seluar Dalam Wartawan Wanita

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Menteri Kewangan Perancis, Michel Sapin kelmarin mengaku bertindak kurang sopan terhadap seorang wartawan selepas dakwaan tersebar bahawa dia menarik getah seluar dalam wanita itu.

Pengakuan dibuat beberapa jam selepas pada mula menafikan kejadian itu, susulan skandal sehari sebelumnya, apabila lapan wanita menuduh timbalan speaker Parlimen, Denis Baupin, melakukan gangguan seksual.

Sapin dalam satu kenyataan berkata: “Ketika lawatan pada Januari 2015 ke Davos (Switzerland), saya menegur seorang wartawan wanita mengenai pakaiannya sambil meletakkan tangan pada belakangnya.

“Saya tidak berniat bertindak agresif, tetapi terkejut apabila dia menunjukkan kata-kata dan perbuatan saya itu tidak wajar. Disebabkan itu saya memohon maaf.”

Hanya beberapa jam sebelumnya dia mendakwa semua itu sebagai fitnah.

Kejadian itu pertama kali timbul bulan lalu apabila dua wartawan menerbitkan buku bertajuk ‘Elysee Off’ menceritakan, antara lain, bagaimana rakan mereka membongkok untuk mengambil pen yang jatuh menyebabkan Sapin kononnya berkata: “Eh, apa yang kamu tunjukkan ini?”

Dia kemudian didakwa menarik getah seluar dalam wanita itu yang secara tidak sengaja terdedah ketika membongkok. – AFP/myMetro Online

Tags: Gila SeksMenteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

Cadangan Tangani Rumah Sembelihan Tiada Sijil Halal Sedang Diusahakan – Menteri

Cadangan Tangani Rumah Sembelihan Tiada Sijil Halal Sedang Diusahakan – Menteri

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa cadangan dan saranan sedang diusahakan bagi menangani isu pengusaha rumah sembelihan yang tidak mempunyai Sijil Pengesahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd