• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Wanita Ditemui, Pencarian Tertumpu Lokasi Serpihan

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mayat seorang wanita ditemui dan pasukan penyelamat mencari helikopter yang hilang itu menumpukan operasi berhampiran Sungai Batang Lupar, Sebuyau, 220km dari sini.

Mayat wanita itu ditemui berhampiran lokasi serpihan yang dipercayai pesawat malang itu yang dikesan pagi tadi, kata Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohammad.

Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Kuching.

Helikopter berkenaan berlepas dari Betong, kira-kira 250km dari sini, pada pukul 4.12 petang semalam dan perhubungan terakhir yang dilakukan ialah tiga minit setelah pesawat itu berlepas.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, pengawal trafik udara cuba menghubungi pesawat itu beberapa kali ketika helikopter berkenaan dalam jangkaan tiba di kawasan Semunjan, dari pukul 4.28 petang ke atas, tetapi tiada respons.

Nor Hisham berkata pasukan penyelam dihantar ke sungai itu untuk mencari badan utama helikopter berkenaan dan mangsa lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan helikopter itu membawa enam orang – Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi, Datuk Noriah Kasnon; suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Turut berada di dalam pesawat itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Beberapa serpihan helikopter yang ditemui setakat ini termasuk alat pemutar, sebuah kerusi, sebahagian pintu pesawat, bilah rotor dan sebahagian dinding helikopter.

Timbalan menteri itu berada di Betong semalam atas urusan kerja berkaitan kementerian beliau menjelang pilihan raya negeri Sarawak esok. – BERNAMA

Tags: Mayatnahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd