• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makan Telur Mentah 3 Biji Sehari, Rahsia Panjang Umur Nenek 116 Tahun

oleh AK-47
18/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMILIKI umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat merupakan impian setiap orang.

Namun tidak semua yang mampu mencapai umur sehingga ratusan tahun dan hanya segelintir sahaja yang mampu mengatasi kenormalan itu.

Inilah rahsia wanita tertua di dunia iaitu Emma Morano yang tidak diketahui ramai.

Menurut sebuah portal antarabangsa, Emma Morano, 116 tahun; telah dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 16 Mei lalu selepas kematian penyandangnya iaitu Susannah Mushatt Jones.

Jones meninggal dunia pada Khamis lalu juga pada usia 116 tahun di New York, Amerika Syarikat.

Makan Telur Mentah 3 Biji Sehari, Rahsia Panjang Umur Nenek 116 Tahun
Susannah Mushatt Jones

Morano yang berasal dari Verbania, Itali telah berkongsi rahsia di sebalik umurnya yang panjang itu.

Menurut Morano, rahsianya ialah dengan mengamalkan makan tiga biji telur mentah setiap hari dan menjauhkan diri daripada lelaki.

Tambah portal itu lagi, Morano pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai pada tahun 1938 selepas kematian anaknya.

“Saya tidak mahu didominasi oleh sesiapa,” kata Morano.

Makan Telur Mentah 3 Biji Sehari, Rahsia Panjang Umur Nenek 116 Tahun

Tambah Morano lagi, petua mengamalkan telur mentah sebagai diet harian itu disaran oleh doktornya setelah didignosis menghidap penyakit anemia.

Selain petua itu, dia turut mengamalkan memakan daging cincang dan meminum susu pada sebelah malam.

Semasa Morano dimaklumkan tentang pengiktirafan yang diberikan kepadanya oleh Rekod Guinness, dia memberitahu laman Telegraph menerusi penjaganya, “Saya seusia dengan gunung ganang.”

Kata penjaga Morano iaitu Rosi Santoni, walaupun dia telah lanjut usia, namun kesihatan Morano adalah berada pada tahap yang memberangsangkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Emma MoranoGuinnesstertuawarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kereta Cadillac, Ikon Hard Rock Cafe Singapura Dibuang

Next Post

Tidur Hentian Bas Bandar Tun Hussein Onn..

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

06/05/2025
0

Butterworth: Lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan lelakinya pada bulan lalu....

Next Post

Tidur Hentian Bas Bandar Tun Hussein Onn..

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd