• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Cadillac, Ikon Hard Rock Cafe Singapura Dibuang

oleh AK-47
18/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH kereta Cadillac yang menjadi ikon kafe hiburan terkenal Hard Rock Cafe Singapura yang terletak pintu masuk Cuscaden Road di Orchard Road akhirnya telah diturunkan.

Model kereta Cadillac Siri 62 Deville keluaran tahun 1961 itu sudah menjadi sebahagian daripada bangunan Hotel Properties Limited (HPL) House sejak 25 tahun lalu, lapor media tempatan.

Kereta Cadillac, Ikon Hard Rock Cafe S'pura Diturunkan

Ikon Hard Rock Cafe itu diturunkan kerana hendak memberi laluan kepada proses pembinaan dan kerja-kerja naik taraf bangunan HPL tersebut yang berlangsung sehingga bulan Ogos nanti.

Kerja-kerja pengubahsuaian kafe antarabangsa itu dibuat adalah untuk menarik golongan generasi lebih muda supaya mengunjungi premis tersebut.

“Hard Rock telah berada di Singapura selama 25 tahun dan masih lagi berkembang di seluruh dunia. Sudah tiba masanya untuk mengalami perubahan dan menyesuaikannya dengan citarasa golongan muda,” kata Cristine Lopes, Pengurus Jualan dan Pemasaran bagi Hard Rock Cafe.

Kereta Cadillac, Ikon Hard Rock Cafe S'pura Diturunkan

Apabila ditanya mengenai bagaimana wajah baharu bangunan kafe itu akan kelihatan, Lopes hanya menjawab ia adalah satu kejutan.

Menurut sebuah portal Singapura, kereta ikonik yang tidak berenjin akan ditawarkan kepada pengunjung dan peminat kereta tersebut menerusi satu cabutan bertuah.

Malah jelas portal berita itu lagi, hasil jualan tiket tersebut akan didermakan kepada sebuah persatuan bantuan kanak-kanak tempatan, Melrose Home.

Organisasi itu merupakan sebuah badan yang membantu dan menawarkan sokongan kepada kanak-kanak berusia dari empat tahun sehingga 18 tahun yang memerlukan jagaan dan perlindungan tempat tinggal.

Kereta ikonik yang menjadi mercu tanda terkenal kafe itu telah berjaya dimenangi oleh Kumar Balasingh dalam cabutan bertuah sempena ulang tahun ke-25 kafe tersebut.

Melalui acara itu,  orang awam mendermakan sebanyak S$25 (kira-kira RM74) untuk mendapatkan tiket cabutan bertuah dan sesiapa sahaja layak untuk memenangi kereta tersebut.

Jelas portal itu lagi, Balasingh merupakan seorang pengumpul dan peminat kereta klasik malah pernah berkerja dalam industri penerbangan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CadillacHard Rock CafeSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd