• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Surendran Ditolak, Perbicaraan Diteruskan 27 Jun

oleh Ahmad Albab
12/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan anggota Parlimen Padang Serai, N. Surendran untuk menangguhkan perbicaraan bagi pertuduhan yang dihadapinya iaitu membuat kenyataan berbaur hasutan, dua tahun lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu dengan alasan bahawa tidak terdapat peruntukan undang-undang yang ditetapkan bagi permohonan seperti yang dikemukakan Surendran.

Katanya rayuan yang dibuat di Mahkamah Rayuan bukan alasan untuk Surendran menangguhkan perbicaraan kecuali dalam hal melaksanakan hukuman.

“Adalah adil untuk kes ini diteruskan, adil bagi pihak pendakwaan untuk membuktikan kesalahan tertuduh dan adil bagi pihak pembelaan untuk membuktikan kebenaran anak guam,” katanya dalam prosiding hari ini.

Beliau berkata menjadi dasar supaya kes diselesaikan dengan segera dan tidak ditangguhkan.

Surendran memfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kesnya pada pertengahan April lepas.

Peguam itu didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan berkaitan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi YouTube di Istana Kehakiman di Presint 3, Putrajaya antara 2 petang dan 4 petang pada 8 Ogos 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Surendran diwakili peguam Latheefa Koya.

Mahkamah juga menetapkan tujuh hari bermula 27 Jun ini untuk perbicaraan kes itu dan pihak pendakwaan akan memanggil 10 saksi.

Pada 14 April lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Surendran untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah juga memutuskan bahawa akta berkenaan adalah berperlembagaan. – BERNAMA

Tags: kes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd