• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luangkan Masa Bersama Keluarga Sementara Mereka Masih Ada

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya meluangkan masa bersama keluarga sebanyak yang mungkin sementara mereka masih ada.

Perdana menteri berkata meskipun tidak boleh bersemuka namun kecanggihan teknologi seperti telefon, WhatsApp dan Skype mungkin boleh digunakan untuk berhubung.

“Hakikatnya, di penghujung kehidupan kita, tidak ada seorang pun yang ingin meluangkan sedikit lagi masa di pejabat. Sebaliknya, kita semua ingin meluangkan setiap saat bersama keluarga kita,” katanya menerusi catatan terbaharu mengenai hubungan kekeluargaan dalam blog beliau, www.najibrazak.com, hari ini.

Dalam catatan itu, Najib mengakui beliau jarang bertemu keluarga berikutan jadual tugasannya yang padat akhir-akhir ini dengan pelbagai lawatan, pertemuan bersama rakyat, mesyuarat, pelancaran projek dan yang terbaharu Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“Kalau boleh saya sangat ingin meluangkan lebih masa bersama-sama dengan anak-anak, isteri dan keluarga saya. Namun, sebagai seorang perdana menteri, rakyat juga merupakan keluarga besar yang perlu saya berikan sepenuh perhatian,” kata beliau.

Najib berkata kebajikan ibu bapa yang sudah menjangkau usia juga perlu dijaga walaupun anak-anak sibuk dengan pelbagai urusan.

“Saya sangat bertuah kerana ibu saya masih dikurniakan umur yang panjang dan sihat. Alhamdulillah. Anak-anak saya juga sudah dewasa dan ceria. Keluarga saya kekal bahagia,” katanya. – BERNAMA

Tags: keluargaNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd