• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Disyaki Pengedar Dadah Ditahan Di Pusat Hiburan Keluarga

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dalam serbuan di sebuah premis hiburan keluarga di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata serbuan dilakukan kira-kira 11.40 malam dan polis turut merampas sejumlah dadah daripada lelaki berumur 30 tahun itu.

“Terdahulu, lelaki terbabit yang berasal dari Felda Bukit Easter, Kota Tinggi gagal memberikan dokumen pengenalan diri.

Pemeriksaan pada tubuhnya kemudian menemui satu beg celoreng hijau dengan di dalamnya terdapat enam paket plastik cerah mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 102 gram, dua paket plastik cerah mengandungi bahan bentuk kristal disyaki syabu seberat tujuh gram dan sepaket plastik mengandungi tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat tiga gram,” katanya menerusi kenyataan Khamis.

Rahmat berkata kesemua dadah terbabit dianggar bernilai RM8,000 mengikut harga pasaran dan boleh menampung 150 penagih di sekitar Gugusan Felda Waha dan Lok Heng, di sini.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan lelaki itu adalah pengedar dadah di Felda Bukit Waha sejak tujuh bulan lepas dan dia juga mempunyai dua rekod kesalahan lampau bersabit dadah.

Katanya, lelaki terbabit ditahan reman selama tujuh hari sehingga 29 Mei ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd