• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didakwa Tipu Pengerusi Syarikat Dapatkan SPKK

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu pengerusi sebuah syarikat pembinaan berhubung Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).

Mohd Ali, 59, yang bekerja sendiri didakwa menipu Kim DongSoo, 63, warga Korea, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia boleh mendapatkan SPKK dan Sijil Perakuan Pendaftaran dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi syarikat mangsa iaitu Syarikat Arra Korea Group Sdn Bhd.

Tertuduh dengan curangnya mendorong Kim DongSoo secara berperingkat menyerahkan 14 keping cek syarikatnya berjumlah RM47,872 kepada tertuduh yang mangsa tidak akan menyerahkan cek tersebut sekiranya tidak diperdayakan.

Mohd didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Nombor 568-9-26, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, di sini antara 11 pagi 20 Ogos 2015 dan 1.30 tengah hari, 29 Jan 2016 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim tidak menawarkan jaminan bagaimanapun peguam Azi Azlin Zulkifli memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan yang munasabah kerana anak guamnya perlu menyara isteri yang tidak bekerja dan seorang anak yang masih bersekolah.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 bagi pertuduhan kedua dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Jun untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes tipulelaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd