• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bawa Pistol Dalam Kereta Safee Sali Didakwa

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang pekerja kedai aksesori kenderaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memiliki senjata api dan peluru hidup secara tidak sah pada 15 Mei lepas.

Tertuduh, Shalihoddin Azman, 34, didakwa memiliki revolver Smith & Wesson 4 berserta sarung dan 30 peluru jenis 38 LRN Special Ball, di susur Lebuhraya Utara-Selatan Kempas di sini kira-kira 12 tengah hari.

Shalihoddin didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan di bawah Seksyen 8(1) Akta Senjata 1960.

Ia masing-masing memperuntukan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan, serta penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sewaktu pertuduhan dibacakan dan meminta untuk dibicarakan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia dan servis pistol daripada pihak pendakwaan.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Hazza Khalid.

Media sebelum ini melaporkan tertuduh ditahan bersama sepucuk pistol dan peluru ketika memandu kereta jenis Ford Ranger milik pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safee Sali.

Safee difahamkan menghantar kenderaannya itu ke kedai tempat tertuduh bekerja bagi diubah suai dan dijadual mengambilnya semula selepas tamat perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan PKNS FC pada 14 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: lelakimahkamahSafee Sali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan pusat spa dan kesihatan di Chow Kit kelmarin dibebaskan...

Polis Tahan Dua Lelaki Terbabit Rakaman Video Tak Senonoh Dalam Kereta

Polis Tahan Dua Lelaki Terbabit Rakaman Video Tak Senonoh Dalam Kereta

21/11/2025
0

Seremban: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam rakaman melakukan perkara tidak senonoh di dalam kereta seperti tersebar beberapa hari lalu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd