• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang SUV Lotus Di China Kemungkinan Dibina Akhir Tahun

oleh Ahmad Albab
14/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Kilang pembuatan bagi Proton Holdings Bhd mengeluarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Lotus di Quanzhou, di tenggara wilayah Fujian, mungkin akan dibina akhir tahun ini.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Quanzhou, Wang Ke Si berkata pengeluar kereta itu memilih Quanzhou sebagai pangkalan pembuatannya berikutan kemudahan sokongan automotifnya yang kukuh dan bantuan kerajaan tempatan yang baik.

Beliau berkata projek itu, dengan jumlah pelaburan sebanyak 10 bilion yuan, akan termasuk pembinaan kemudahan pembuatan, ibu pejabat serta pusat penyelidikan dan pembangunan.

Kemudahan itu akan mengeluarkan SUV Lotus yang akan dijual di seluruh China dan juga negara Asia yang lain, kata Wang kepada kumpulan wartawan Asia Tenggara yang mengikuti lawatan media selama tujuh hari ke Beijing, Tianjian, selatan Suzhou dan Quanzhou.

“Ia masih dalam proses. Kajian penggunaan tanah telah selesai dan kami telah menghantar dokumen berkaitan kepada kementerian, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional (NDRC) serta suruhanjaya berkaitan lain. Kami akan bermula pada akhir tahun ini,” katanya.

Lawatan media yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Asia Kementerian Luar dan dibantu oleh ICC itu, bertujuan memberikan wartawan Asia Tenggara pemahaman yang lebih baik mengenai kerjasama kapasiti pengeluaran China.

Inisiatif pangkalan pengeluaran China yang baru itu berikutan perjanjian usaha sama yang ditandatangani antara Proton, Lotus Group International Ltd dan Goldstar Heavy Industrial Co Ltd pada April tahun lepas.

Syarikat usaha sama itu akan mengeluarkan dan menjual kereta penumpang berjenama Lotus serta menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang berkaitan dengan produknya di China.

Dilaporkan bahawa Proton dan Goldstar masing-masing akan memegang 50 peratus daripada modal berdaftar.

Berdasarkan pelan perniagaan awal dipersetujui bersama yang meliputi tempoh 2015 hingga 2030, syarikat menjangkakan jumlah pelaburan sebanyak 10 bilion yuan (RM5.84 bilion). – BERNAMA

Tags: kilang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Pijak Pelajar: Warden Asrama Dikompaun RM3,000

Next Post

Bunga Citra Lestari Akui Selesa Berhijab

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Kilang Kereta Perisai Bakal Dibangun Di Lipis

Kilang Kereta Perisai Bakal Dibangun Di Lipis

09/05/2024
0

KUANTAN - Sebuah kilang kereta perisai bakal dibangunkan di Kawasan Perindustrian Padang Tengku Fasa II, Lipis yang dikenal pasti sebagai...

Next Post

Bunga Citra Lestari Akui Selesa Berhijab

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd